Isnin, 2 November 2015

PBS | Bagaimana Mencetak Borang Perekodan "Offline" Dengan Mudah

Sumber > SINI <

Assalamualaikum wbt dan hai...

Sebelum ini saya ditanya oleh beberapa orang kawan tentang setting untuk print borang perekodan offlinedalam satu muka surat. Masalah yang timbul ialah apabila Print Preview tidak semua maklumat yang diperlukan dapat print. Masalah ini dapat diatasi dengan memahami Page Break Preview.

Setelah melakukan sedikit carian saya mendapati langkah-langkah berikut boleh dilakukan untuk tujuan tersebut. Adapun di sana mungkin ada langkah-langkah lain yang tidak saya ketahui. 

1. Buka file excel Modul Offline. Klik pada tab yang diingini contoh Borang Perekodan Offline.
2. Klik View --> Page Break Preview.



3. Skrin akan bertukar warna dan akan nampak pemisah antara paparan putih dan kelabu dengan garisan biru.


4. Dengan menggunakan kursor, tarik garisan biru tersebut sehingga melepasi semua maklumat yang diperlukan untuk print.




5. Seterusnya, klik Print --> Preview --> Page Setup.

6. Pada tab Page (dalam bulatan merah), Adjust to: 29. Perlu diingat setiap modul tidak sama besar. Untuk modul PJK T2, saya menggunakan nilai 29 dan nilai ini boleh diubah mengikut kesesuaian. Kemudian klik pada tab Margins.

7. Ubah semua pada nilai dan tick pada Horizontally dan Vertically. Lihat dalam bulatan merah. Nilai ini juga boleh diubah mengikut kesesuaian. Kemudian klik Ok.

8. Pastikan maklumat yang hendak print berada dalam margin 1 page. Jika tidak berada dalam 1 page, bolehlah diubah nilai-nilai seperti di atas.
9. Akhir sekali, klik Print.
10. Selesai. Sudah boleh simpan dalam fail pentaksir.