Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Cuti Sekolah Yang Diberi oleh KPM Sempena Perayaan.
Untuk perayaan Tahun Baru Cina 2018 tahun ini, KPM telah memperuntukkan 2 hari cuti iaitu pada tarikh berikut:
- 15 Februari 2018 (Khamis)
- 19 Februari 2018 (Isnin)
- Semua Negeri Terlibat
Cuti Umum Tahun Baru Cina pula adalah pada 16 dan 17 Februari 2018 iaitu pada Jumaat dan Sabtu.
Memandangkan Jumaat adalah cuti umum, maka negeri yang cuti pada hari Jumaat akan dapat cuti pada hari Ahad. Begitu juga Negeri Kelantan yang mana Sabtu adalah Hari Minggu akan bercuti berganti pada hari Ahad.
Oleh yang demikian, sekolah akan becuti selama 5 hari bermula 15-19 Februari 2018 nanti.
Sesi persekolahan akan bermula semula pada 20 Februari 2018 iaitu pada hari Selasa.
sumber Pendidik2u