Panduan Julat Markah untuk Sistem Gred Baru (2015) KPM. Penetapan Julat Gred Pemarkahanuntuk Jenis-Jenis Peperiksaan Terkini di Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Merujuk Laman SAPSNKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, berikut adalah julat markah bagi peperiksaan dan ujian untuk Penetapan Gred bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia.Penetapan Julat Markah dan Gred oleh KPM ini berkuatkuasa mulai tahun 2015.
Julat Gred Pemarkahan Peperiksaan Sekolah Rendah
Julat Markah dan Gred untuk Darjah 6 (KBSR) Julat dan Gred yang lama masih digunakan
- 80 - 100 --> A
- 60 -- 79 --> B
- 40 -- 59 --> C
- 20 -- 39 --> D
- 01 -- 19 --> E
- 00 --------> TH
Julat Markah dan Gred untuk Darjah 4 dan Darjah 5 (KSSR) berikut ialah Sistem Julat dan Gred yang baru
- 85 -- 100 --> A
- 70 -- 84 --> B
- 60 -- 69 --> C
- 50 -- 59 --> D
- 40 -- 49 --> E
- 01 -- 39 --> F
- 00 ---------> TH
Makluman
Jika semua subjek mendapat E masih dikira (LULUS) Menguasai.
Jika ada 1 subjek mendapat F maka keputusannya (GAGAL) Tidak Menguasai.
Julat Gred Pemarkahan Peperiksaan Sekolah Menengah
Julat Markah dan Gred untuk Menengah Rendah (Ting 1 hingga 3)
- 85 -- 100 --> A
- 70 -- 84 --> B
- 60 -- 69 --> C
- 50 -- 59 --> D
- 40 -- 49 --> E
- 01 -- 39 --> F
- 00 ---------> TH
Julat Markah dan Gred untuk Menengah Atas (Ting 4 dan 5)
- 90 - 100 ---> A+
- 80 - 89 ---> A
- 70 - 79 ---> A-
- 65 - 69 ---> B+
- 60 - 64 ---> B
- 55 - 59 ---> C+
- 50 - 54 ---> C
- 45 - 49 ---> D
- 40 - 44 ---> E
- 01 - 39 ---> G
- 00 - 00 ---> TH
Makluman
Jika semua subjek mendapat E masih dikira (LULUS) Menguasai.
jika ada 1 subjek mendapat F maka keputusannya (GAGAL) Tidak Menguasai.
Sistem Gred dan Julat Permarkah Baru oleh KPM
Kini, setelah persaingan yang semakin sengit, membuatkan satu mekanisma terkini perlu dilakukan yang mana Julat Gred Pemarkahan Peperiksaan bagi sekolah rendah dan menengah dikemaskini. Hal ini dikatakan perlu agar penakrafan kualiti murid adalah pada aras tertinggi.
Jenis-Jenis Peperiksaan
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia dikatakan sudah mengalami transformasi, tetapi masih terikat dengan peperiksaan ataupun pentaksiran. Pentaksiran dilakukan untuk menguji sejauh mana pencapaian murid dalam satu-satu aspek, bidang, tema, tajuk yang telah dipelajari. Berikut ialah Jenis Peperiksaan Sumatif untuk D4, D5, T1, T2 dan T3 (PBS)
Untuk murid D4, D5, T1 dan T2
- Ujian 1 / Sumatif 1
- Peperikasaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2
- Peperiksaan Akhir Tahun / Sumatif 3
Untuk murid T3
- Ujian 1 / Sumatif 1
- Peperikasaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2
- PT3 (masih dalam perbincangan. Gred sahaja)
Julat Markah bagi Gred Peperiksaan dan UjianTahun 2015
Panduan Julat Markah bagi Penetapan Gred dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Kementerian Pelajaran Malaysia. Penetapan Julat Gred Pemarkahan untuk Jenis-Jenis Peperiksaan Terkini di Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan