Rabu, 20 Januari 2016

DOWNLOAD | E-MODUL TEKNIK SEMPOA & ARITMETIK MENTAL


Assalamualaikum Tuan dan Puan yang Teacher hormati. Di doakan Tuan dan Puan berada dibawah lindungan dan rahmatNya, amin.

Pertama sekali, ingin Teacher menzahirkan rasa terima kasih kerana begitu ramai sebenarnya ibu/bapa yang berminat untuk mengetahui lebih dekat akan manfaat teknik Sempoa & Aritmetik Mental.

Sebelum Tuan dan Puan mencuba Modul Pengenalan Teknik Sempoa, izinkan Teacher menjelaskan serba sedikit akan manfaat yang diperolehi daripada ikhtiar teknik ini. Ini bukanlah sekadar teori semata-mata, akan tetapi hasil daripada pengalaman Teacher sendiri terlibat secara langsung mengendalikan kelas Sempoa, Aritmetik Mental (khas untuk Matematik mahupun Speed Calculation) di kalangan hampir 1000 pelajar sepanjang lebih sedekad yang lalu.

Teknik Sempoa (Mental Calculation - 100% Bayangan Pergerakan Manik Sempoa) bukanlah semata-mata teknik mengira pantas. Lebih daripada itu, dengan membayangkan pergerakan manik-manik sempoa (secara 100% visual di dalam minda) dapat merangsang keupayaan otak kanan (Image Brain) seterusnya dapat membangunkan perkembangan otak kanan dan kiri secara seimbang.

Maka, setiap kali anak-anak membuat pengiraan Matematik di sekolah (+-x/) secara visual, dalam masa yang sama, mereka sebenarnya sedang merangsang daya visualisasi dan logikal secara serentak (menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri).

Inilah matlamat sebenar-benarnya pendidikan program "MENTAL ARITHMETIC" yang menjadi satu program wajib bagi mereka yang tahu akan manfaatnya.

Diharapkan, sedikit info ini akan memberi sedikit pendedahan dan pencerahan tentang manfaat dan kebaikan program ini untuk kanak-kanak 4 -10 tahun.

Semoga Tuan dan Puan tidak segan silu untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan yang diperlukan, in sha Allah, Teacher sedia membantu.

Akhir kata, semoga e-Modul dapat memberi sedikit pendedahan awal kepada anak Tuan dan Puan. (Sila muat turun dan cetak). Selamat mencuba.

Ikhlas
Teacher Hana
RichMaths Solutions

KLIK SINI UTK DOWNLOAD

> nota e-modul

> modul pengenalan
>Kad-Ria


Tiada ulasan:

Catat Ulasan