Isnin, 18 April 2016

TIPS | BINA SOALAN PEPERIKSAAN HANYA DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT | CAM SCANNER

Musim peperiksaan semakin dekat dan ramai guru sibuk membuat kertas ujian. Biasanya kita menggunakan 3-in-1 printer untuk scan dokumen atau gambar yang kita mahu. Cara tersebut mengambil masa yang panjang dan melambatkan kerja kita. Untuk mengatasi masalah ini dan memudahkan kerja guru, gunakanlah telefon bimbit (smartphone) anda sebagai scanner.

Berikut ialah panduan menggunakan telefon bimbit sebagai scanner. Cara ini mudah, senang dan cepat.
1. Muat turun CamScanner [klik untuk download] dari Play Store (jika anda menggunakan Andriod) atauApp Store (jika anda menggunakan IOS).






2. Selepas install CamScanner, anda boleh mula menggunakannya. Klik icon CamScanner untuk mula menggunakannya.

3. Seterusnya, klik icon kamera di sebelah kiri anda untuk menangkap gambar.










4. Selepas itu, crop mana-mana bahagian yang anda mahu seperti contoh berikut.






5. Klik () dan tadah! Gambar yang jelas akan muncul.


6. Seterusnya, share gambar tersebut dalam format PDF atau JPG.




7. Anda boleh share ke mana-mana tempat untuk digunakan. Anda pun boleh transfer gambar tersebut ke komputer menggunakan USB.



Cara ini memang mudah, senang dan cepat. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan