Ahad, 28 Ogos 2016

KOLEKSI SOALAN UJIAN APTITUD TAHUN 6 | UPSR 2016




Ujian yang mampu meramalkan kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka dan merupakan satu alat pentaksiran alternatif yang boleh digunakan untuk tujuan pemilihan

Tujuan Ujian Aptitud:
Untuk mendapat data bagi tujuan pemilihan murid-murid yang layak memasuki program khusus pendidikan seperti SBP, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Men Agama dan tujuan pemilihan yang lain.

Disebabkan ujian aptitud merupakan kertas soalan tertutup dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan peperiksaan, maka tidak ramai yang tahu bentuk soalan ujian. Masing-masing tertanya-tanya bentuk soalan.

Format Ujian:
Satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian dengan 61 item.

Masa menjawab - 90 minit, iaitu 1 jam 30 minit.
Tiga bahagian adalah seperti berikut:
a)Bahagian I : Kemahiran Berfikir (20 item)
b)Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan - Masalah dan Membuat Keputusan (20 item)
c)Bahagian III: Minat, Kecenderungan (20 item) Kesediaan (1 item)

Contoh-contoh soalan:

1. Pilih huruf yang sesuai untuk mengisi tempat kosong bertanda ( ) bagi urutan berikut:
H, K, N, Q, ( )
A. P
B. R
C. S
D. T

2. Jika Siang :: Malam maka Panjang ::
A. Bulat
B. Kurus
C. Pendek
D. Rendah


3. Empat beradik Along, Angah, Uda dan Ucu membahagikan wang sebanyak RM1000 seperti berikut:
Along mendapat sebanyak jumlah wang Uda dan Ucu. Jika Angah mendapat RM400, berapakah wang yang diterima Along?
A. RM150
B. RM200
C. RM300
D. RM600



Berikut merupakan jadual pelaksanaan pentaksiran psikometrik ujian aptitud am Tahun 6 tahun 2016.



DOWNLOAD KOLEKSI SOALAN UJIAN APTITUD TAHUN 6 UPSR 2016 DENGAN KLIK LINK DIBAWAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan