Berdasarkan ulasan dari guru-guru, mereka memberi gambaran membaca mungkin murid kelas depan dapat menguasainya, memahami belum tentu, mengeluarkan maksud tersurat dan tersirat pula memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi. Kita menyedari elemen KBAT perlu diterapkan di dalam PDP, namun kita juga perlu mengambil kira tahap pemikiran murid, IQ, perbezaan individu, penerimaan maklumat murid juga tidak sama.
Bukan kita ingin mempertikaikan hasil kerja penulis buku teks,, saya percaya pembinaan Buku Teks sekolahterdiri daripada guru-guru, pakar-pakar yang hebat, mungkin mereka sudah menguji dan mempunyai kaedah dan teknik sebenar dalam membawa murid ini masuk ke alam pendidikan abad 21. Namun begitu guru di sekolah menyedari tahap sebenar muridnya, kita sahaja kenal tahap murid kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan