Kementerian Pendidikan Malaysia menegaskan penggunaan buku kerja adalah tertakluk di bawah Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2000: Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah.
Guru Besar dan Guru tidak boleh memaksa ibu bapa atau penjaga untuk membeli buku kerja dari syarikat luar.
Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berikutan
laporan yang diterima berkaitan penjualan dan penggunaan buku kerja murid sekolah rendah baru-baru ini. Kebanyakan laporan adalah dari SJKC.
Penggunaan buku kerja hanyalah sebagai bahan tambahan. Tambah Chong, buku kerja juga tidak dicadangkan kepada murid tahap satu iaitu darjah 1, 2 dan 3.
Aduan yang diterima terdapat sekolah yang memaksa ibu bapa membeli sehingga 5 buku kerja setiap subjek. Ini tidak sepatutnya berlaku.
Setiap panitia sepatutnya hanya mencadangkan 1 buku kerja, yang mengikut Standard KPM dan ia digunakan di luar pdp, namun tidak boleh sama sekali memaksa penjaga membelinya, katanya.
~~~ Astro Awani ~~~
Namun begitu rata-rata guru mempunyai pendapat yang berbeza, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira, seperti bukan semua subjek mempunyai buku aktiviti yang disediakan KPM, kekurangan soalan-soalan latih tubi, tidak cukup masa untuk memberi latihan jika soalan perlu disalin di papan putih dan sebagainya.
Cadangan daripada guru: KPM sediakan buku aktiviti, set latihan untuk latih tubi dan set ujian bulanan.
Jika hanya bergantung pada buku aktiviti KPM biasanya tidak cukup, terutamanya subjek-subjek seperti Matematik dan Sains. Murid perlu latihan yang pelbagai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan