Selasa, 24 April 2018

KOLEKSI LEMBARAN MEWARNA HARI GURU 2018

KOLEKSI LEMBARAN MEWARNA HARI GURU 2018

KREDIT : yUSLAN iBRAHIM

Isnin, 23 April 2018

KAEDAH CEPAT BACA - ROLL AND READ

KAEDAH CEPAT BACA - ROLL AND READ

Kredit : GeniusKids
No automatic alt text available.

CARA PENGGUNAAN

Perlu digunakan bersama sebiji dadu.

Had bilangan pemain 1 hingga 6 orang

Sebagai contoh,jika pemain pertama membuat balingan dadu lalu berhenti pada 1 makan pemain perlu lihat pada baris 1 apa yang perlu disebut atau dibunyikan

Setelah disebut pemain perlu menutup abjad atau perkataan tersebut dan disambung dengan pemain lain.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

Jumaat, 19 Januari 2018

MAKLUMAN CUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARI CINA 2018 OLEH KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Cuti Sekolah Yang Diberi oleh KPM Sempena Perayaan.
Untuk perayaan Tahun Baru Cina 2018 tahun ini, KPM telah memperuntukkan 2 hari cuti iaitu pada tarikh berikut:
  • 15 Februari 2018 (Khamis)
  • 19 Februari 2018 (Isnin)
  • Semua Negeri Terlibat
Cuti Umum Tahun Baru Cina pula adalah pada 16 dan 17 Februari 2018 iaitu pada Jumaat dan Sabtu.
cuti perayaan 2018
Memandangkan Jumaat adalah cuti umum, maka negeri yang cuti pada hari Jumaat akan dapat cuti pada hari Ahad. Begitu juga Negeri Kelantan yang mana Sabtu adalah Hari Minggu akan bercuti berganti pada hari Ahad. 
Oleh yang demikian, sekolah akan becuti selama 5 hari bermula 15-19 Februari 2018 nanti.
Sesi persekolahan akan bermula semula pada 20 Februari 2018 iaitu pada hari Selasa.

sumber Pendidik2u

Isnin, 8 Januari 2018

KAEDAH KENAL HURUF DENGAN KAEDAH IQRA'

MENGENAL HURUF DENGAN KAEDAH IQRA' OLEH CIKGU NAZIHA

Diharap dapat bantu parents untuk ajar anak di rumah dan cikgu² di sekolah. Mesti ingat yang tahap kemampuan setiap kanak-kanak tak sama. 

kepada yang berminat untuk dapatkan buku kaedah kenal huruf boleh pm cikgu naziha di [ sini ]

Image may contain: text

No automatic alt text available.



Sabtu, 6 Januari 2018

TEMPLATE RPH ABAD KE 21 SAINS SEKOLAH RENDAH

perkongsian oleh Cikgu Mimi..terima kasih
No automatic alt text available.
contoh 1

No automatic alt text available.
contoh 2

No automatic alt text available.
contoh 3

contoh 4


TEMPLATE RPH ABAD KE 21 BAHASA MELAYU WORD





Rabu, 3 Januari 2018

RPH BAHASA ARAB ABAD KE 21 VERSI WORD DAN PDF

 
untuk memuat turun Contoh RPH Bahasa Arab Abad 21 klik link dibawah
  1. Versi PDF (Warna Warni). 
  2. Versi WORD (Warna Warni). 
  3. Versi WORD 2 (Kosong).

RPH PENDIDIKAN ISLAM ABAD KE 21 VERSI EXCEL


Ahad, 31 Disember 2017

DOWNLOAD | BUKU TEKS BAHASA ARAB TAHUN 1 HINGGA 6 VERSI PDF


Dikongsikan link muat turun buku teks Bahasa Arab Tahun 1-6 Versi Pdf. Untuk Muat Turun klik Link pilihan dibawah

  1. BAHASA ARAB TAHUN 1(KSSR 2017)
  2. BAHASA ARAB TAHUN 2 (KSSR 2018)
  3. BAHASA ARAB TAHUN 3 (KSSR 2013)
  4. BAHASA ARAB TAHUN 4 (KSSR 2014)
  5. BAHASA ARAB TAHUN 5 (KSSR 2015)
  6. BAHASA ARAB TAHUN 6 (KSSR 2016)

KOLEKSI 5 BUKU LEMBARAN AKTIVITI PRASEKOLAH | Teacher Shasha

Berikut dikongsikan koleksi 5 buku lembaran kerja prasekolah yang dikongsikan oleh Teacher Shasha (terima kasih Teacher Shasha)
 
Klik Ikon DOWNLOAD untuk muat turun bahan dibawah 
 

BUKU VOKAL

download dengan klik ikon download dibawah
Image result for muat turun icon




BUKU KVKV
download dengan klik ikon download dibawah
Image result for muat turun icon




BUKU HURUF KECIL
download dengan klik ikon download dibawah
Image result for muat turun icon



BUKU PRATULIS
download dengan klik ikon download dibawah
Image result for muat turun icon



BUKU SUKU KATA

download dengan klik ikon download dibawah
Image result for muat turun icon


Jumaat, 29 Disember 2017

DOWNLOAD | KOLEKSI 3 TEMPLATE RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ABAD KE 21


VERSI 1
Terima kasih Cikgu Say Saiful Sinclair Saifuddean
DOWNLOAD DENGAN KLIK GAMBAR DIBAWAH
Image result for DOWNLOAD ICON







VERSI 2
Terima kasih Cikgu Bie Izzat
DOWNLOAD DENGAN KLIK GAMBAR DIBAWAH

Image result for DOWNLOAD ICON






VERSI 3
Terima kasih Cikgu Jamaludin Musa
DOWNLOAD DENGAN KLIK GAMBAR DIBAWAH

Image result for DOWNLOAD ICON

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2018 | BAHASA MELAYU TAHUN 1



Isnin, 25 Disember 2017

DOWNLOAD | BAHAN FAIL DAN BUKU RPH 2018


PERKONGSIAN BAHAN OLEH CIKGU MARCUS..TERIMA KASIH CIKGU

sesuai untuk guru-guru yang menggunakan fail sebagai RPH dan ada beberapa item yang boleh digunakan oleh guru yang menggunakan buku RPH

DOWNLOAD [ BAHAN RPH 2018 ]

DOWNLOAD | JADUAL TUGASAN KELAS 2018

No automatic alt text available.

DOWNLOAD KOLEKSI JADUAL TUGASAN KELAS 2018





DOWNLOAD MODUL LENGKAP | TRANSISI MURID TAHUN 1 2018



BUKU SAYA BACA SAYA BIJAK | CIKGU AIN


Image may contain: text

Perkongsian bahan oleh Cikgu Ain.. Tahniah cikgu atas usaha bantu murid membaca . Sesuai sebagai bahan dalam kelas prasekolah dan tahun 1

download sini 

Khamis, 2 November 2017

SOALAN UJIAN DIAGNOSTIK ORIENTASI TAHUN 1

Assalam Semua...
Disini admin sediakan untuk anda Ujian Diagnostik yang boleh digunakan untuk ujian semasa hari orientasi Tahun 1

KLIK DOWNLOAD UJIAN DIAGNOSTIK HARI ORIENTASI TAHUN 1

Rabu, 1 November 2017

CIKGU FADLI SALLEH KONGSIKAN MUDAHNYA BELAJAR BAHAGI UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH

PERKONGSIAN MUDAHNYA BAHAGI OLEH CIKGU MOHD FADLI SALLEH
No automatic alt text available.
Pertama sekali, buat Ayat Matematik seperti ini. Biarkan tempat kosong itu terus kosong tanpa sebarang angka dahulu.

Jelaskan bahawa Bahagi adalah lawan bagi Darab. 

Jika DARAB = KAJ ( Kumpulan x Ahli = Jumlah )
maka BAHAGI = JAK ( Jumlah bahagi Ahli = Kumpulan )

Ini asas yang kau kena ulang sampai anak ingat bahawa tempat kosong yang pertama itu untuk JUMLAH SEMUA OBJEK, tempat kosong kedua itu untuk BILANGAN OBJEK DALAM SATU KUMPULAN dan jawapannya merupakan KUMPULAN.



No automatic alt text available.
Langkah kedua, kau lukis beberapa objek. Contohnya macam aku buat. Aku lukis 15 biji bola.

Bola ke tu? Hahaha, maafkan aku. Kesenian aku memang tahap Picasso. Orang macam kau mana faham seni aras dewa ni. 


No automatic alt text available.


Suruh anak kira berapa jumlah semua sekali objek itu. Kau kira lah sama-sama, bagi dia semangat sikit.

Macam aku selalu buat, mula-aku kira dengan murid guna Bahasa Melayu. Bila aku buat contoh lain, aku kira dalam English pula. Contoh seterusnya aku kira dalam Bahasa Arab. Lagi satu contoh aku kira dalam Bahasa Jerman.

Apa? Kau ingat aku tak pandai Bahasa Jerman? 

Memang aku tak pandai pun. Aku hentam sajalah. Budak-budak bukan tahu. Kemain depa puji aku. Siap tepuk tangan lagi,

" Pandai betul cikgu. Bahasa Jerman pun cikgu tahu."

Kahkahkah. Itu seronoknya mengajar budak-budak.

JUMLAH SEMUA OBJEK yang dikira itu adalah jawapan untuk TEMPAT KOSONG YANG PERTAMA.

Faham kan?

No automatic alt text available.

Kemudian, kau bulatkan lima-lima objek dalam satu kumpulan.

Kau pun kira la dalam Bahasa Sepanyol pula BILANGAN OBJEK DALAM SETIAP KUMPULAN (Ahli) dan tulislah jawapan dalam TEMPAT KOSONG YANG KE DUA.

Faham ke tak ni? Dah bagi gambar siap penerangan bertulis macam ni kau tak faham lagi, tak tahu nak kata apa dah aku.

Mohon makan kismis dengan pokoknya sekali lah. �

No automatic alt text available.


Langkah terakhir tentu jawapan.

Kira je ada berapa kumpulan yang terhasil. Kat sini contohnya 3, maka jawapannya ialah 3.

Yeayyyy!!!! Senangnya belajar bahagi kan?

Masa tunjuk jawapan akhir ni kau joget-joget sikit. ���

Jerit hooreeyy kuat-kuat biar jiran sebelah dengar. Biar depa pun datang jenguk apa hal yang kau gembira sangat ni. Untung-untung dia suruh kau ajar anak dia tuisyen, dah dapat kau buat side income.

Bijak tak idea aku?

Tapi bab joget dan jerit hooreeyyy kuat-kuat tu kau kena buat betul-betul tau. Suruh anak kau joget sama.

Kita yakinkan mereka bahawa BAHAGI itu mudah. Budak ni kena psiko dari kecik beb, biar mereka tanam dalam kepala otak mereka Matematik ni seronok. Siap boleh joget-joget lagi.


No automatic alt text available.
Dah pandai mesti la kena uji kan? Jika tidak mana kita tahu itu berlian atau kaca. Cheewaahh, berlian kaca lagi kau!

Kau tulis la beberapa soalan bahagi yang senang. Yang penting jangan lebih 30. Penat weh nak melukis objek kalau kau tulis soalan 99 / 3 = [ ].

Kau tulis sahaja soalan macam ini. Tinggalkan tempat jawapan itu kekal kosong dan JANGAN LUKIS SEBARANG OBJEK. Biar anak kau yang lukis sendiri.


No automatic alt text available.
Suruh dia lukis objek berdasar jumlah. Contoh soalan aku ialah 12 / 4 = [ ]

Jadi, bimbing dia lukis 12 OBJEK dahulu. Lukis la apa-apa yang senang. Jangan pergi lukis naga pula. Penat weh nak lukis 12 naga. Nak kena sama pula tu.

So, lukis benda senang macam bintang atau bulu hidung.

Jangan lupa tanya dia untuk kukuhkan kefahaman dia.

" Kenapa lukis 12 objek?"

Lepas tu kau sendiri kena jawab,

" Sebab soalan tanya DUA BELAS bahagi 4. Sebab tu kena lukis DUA BELAS.

Kalau soalan tu tanya 48 bahagi 4, kena lukis EMPAT PULUH LAPAN objek. Faham takkkk?"

Kena tanya dengan intonasi teruja giteww. Yang aku tulis huruf besar, kau tekankan suara. Ala, pandai-pandai kau lah. Takkan semua aku kena ajar. Hmmm.

No automatic alt text available.
Kemudian suruh dia buat kumpulan empat-empat. Kira objek empat, bulatkan. Kira lagi empat, bulatkan lagi. Sampai semua objek tu ada dalam kumpulan masing-masing.

Pastu kau tanya dia,

" Kenapa kena bulatkan empat-empat? "

Pastu kau jawab sendiri,

" Sebab soalan tanya 12 / EMPAT! Bahagi EMPAT kena bulat EMPAT lah. Kalau bahagi lapan bulatkan lapan-lapan."

Budak-budak ni memang bila kau tanya, kau sendiri kena jawab. Kalau tunggu dia jawab, sampai subuhlah. Bila mereka dah faham elok baru mereka yang jawab tanpa perlu disuruh lagi.

Itu petanda mereka dah faham dan itu petanda kau dan berjaya! 

No automatic alt text available.
Akhir sekali, suruh mereka kira berapa KUMPULAN YANG TERHASIL. Dan itulah JAWAPANNYA. Lepas tu kau jerit sampai jiran kau terkejut lagi,

" SENANG TAK ADIK??"

" SENANGNYA MAMA!"

" JOM JOGET POCO-POCO DIK!"

��������

Maka berjogetlah kau sampai subuh. Kalau laki ada sama, ajak dia joget sekali.

Sesekali buang tebiat apa salahnya.

No automatic alt text available.
" Kalau senang, cuba adik jawab soalan nombor 3 ini. Adik buat sendiri," kata kau dengan lembut dan pandang dia dengan pandangan kasih dan sayang.

'Hanger' kau selit bawah bontot tau. Bila dia silap atau lupa, terus muka kau yang penyayang itu kau tukar menjadi singa yang bengis. Keluarkan 'hanger', sebat atas meja biar berkecai 'hanger' tu. Baru dia ingat sampai mati.

Eh, tak lah. Aku gurau je lah. Tapi kalau kau buat betul-betul pun bagus juga.

Bila mereka dah faham konsep, kau teruskan pula ajar aras yang lebih tinggi.

No automatic alt text available.

Kau ajar dia bahawa BAHAGI itu lawan bagi DARAB. Kau tulis beberapa contoh SOALAN BAHAGI dan tukarkan kepada SOALAN DARAB.

Yang mana kurang faham nak selesai cara bahagi, mereka boleh selesaikan soalan tu dengan cara darab.

Dan ya, suruh anak hafal sifir. Paksa kalau perlu. Maksudnya bukan paksa pakai penyapu ke apa. Kau ugut je tak bagi tengok tv dan main telefon setahun. Gerenti berjayalah tektik ini.