Memaparkan catatan dengan label matematik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label matematik. Papar semua catatan

Rabu, 1 November 2017

CIKGU FADLI SALLEH KONGSIKAN MUDAHNYA BELAJAR BAHAGI UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH

PERKONGSIAN MUDAHNYA BAHAGI OLEH CIKGU MOHD FADLI SALLEH
No automatic alt text available.
Pertama sekali, buat Ayat Matematik seperti ini. Biarkan tempat kosong itu terus kosong tanpa sebarang angka dahulu.

Jelaskan bahawa Bahagi adalah lawan bagi Darab. 

Jika DARAB = KAJ ( Kumpulan x Ahli = Jumlah )
maka BAHAGI = JAK ( Jumlah bahagi Ahli = Kumpulan )

Ini asas yang kau kena ulang sampai anak ingat bahawa tempat kosong yang pertama itu untuk JUMLAH SEMUA OBJEK, tempat kosong kedua itu untuk BILANGAN OBJEK DALAM SATU KUMPULAN dan jawapannya merupakan KUMPULAN.



No automatic alt text available.
Langkah kedua, kau lukis beberapa objek. Contohnya macam aku buat. Aku lukis 15 biji bola.

Bola ke tu? Hahaha, maafkan aku. Kesenian aku memang tahap Picasso. Orang macam kau mana faham seni aras dewa ni. 


No automatic alt text available.


Suruh anak kira berapa jumlah semua sekali objek itu. Kau kira lah sama-sama, bagi dia semangat sikit.

Macam aku selalu buat, mula-aku kira dengan murid guna Bahasa Melayu. Bila aku buat contoh lain, aku kira dalam English pula. Contoh seterusnya aku kira dalam Bahasa Arab. Lagi satu contoh aku kira dalam Bahasa Jerman.

Apa? Kau ingat aku tak pandai Bahasa Jerman? 

Memang aku tak pandai pun. Aku hentam sajalah. Budak-budak bukan tahu. Kemain depa puji aku. Siap tepuk tangan lagi,

" Pandai betul cikgu. Bahasa Jerman pun cikgu tahu."

Kahkahkah. Itu seronoknya mengajar budak-budak.

JUMLAH SEMUA OBJEK yang dikira itu adalah jawapan untuk TEMPAT KOSONG YANG PERTAMA.

Faham kan?

No automatic alt text available.

Kemudian, kau bulatkan lima-lima objek dalam satu kumpulan.

Kau pun kira la dalam Bahasa Sepanyol pula BILANGAN OBJEK DALAM SETIAP KUMPULAN (Ahli) dan tulislah jawapan dalam TEMPAT KOSONG YANG KE DUA.

Faham ke tak ni? Dah bagi gambar siap penerangan bertulis macam ni kau tak faham lagi, tak tahu nak kata apa dah aku.

Mohon makan kismis dengan pokoknya sekali lah. �

No automatic alt text available.


Langkah terakhir tentu jawapan.

Kira je ada berapa kumpulan yang terhasil. Kat sini contohnya 3, maka jawapannya ialah 3.

Yeayyyy!!!! Senangnya belajar bahagi kan?

Masa tunjuk jawapan akhir ni kau joget-joget sikit. ���

Jerit hooreeyy kuat-kuat biar jiran sebelah dengar. Biar depa pun datang jenguk apa hal yang kau gembira sangat ni. Untung-untung dia suruh kau ajar anak dia tuisyen, dah dapat kau buat side income.

Bijak tak idea aku?

Tapi bab joget dan jerit hooreeyyy kuat-kuat tu kau kena buat betul-betul tau. Suruh anak kau joget sama.

Kita yakinkan mereka bahawa BAHAGI itu mudah. Budak ni kena psiko dari kecik beb, biar mereka tanam dalam kepala otak mereka Matematik ni seronok. Siap boleh joget-joget lagi.


No automatic alt text available.
Dah pandai mesti la kena uji kan? Jika tidak mana kita tahu itu berlian atau kaca. Cheewaahh, berlian kaca lagi kau!

Kau tulis la beberapa soalan bahagi yang senang. Yang penting jangan lebih 30. Penat weh nak melukis objek kalau kau tulis soalan 99 / 3 = [ ].

Kau tulis sahaja soalan macam ini. Tinggalkan tempat jawapan itu kekal kosong dan JANGAN LUKIS SEBARANG OBJEK. Biar anak kau yang lukis sendiri.


No automatic alt text available.
Suruh dia lukis objek berdasar jumlah. Contoh soalan aku ialah 12 / 4 = [ ]

Jadi, bimbing dia lukis 12 OBJEK dahulu. Lukis la apa-apa yang senang. Jangan pergi lukis naga pula. Penat weh nak lukis 12 naga. Nak kena sama pula tu.

So, lukis benda senang macam bintang atau bulu hidung.

Jangan lupa tanya dia untuk kukuhkan kefahaman dia.

" Kenapa lukis 12 objek?"

Lepas tu kau sendiri kena jawab,

" Sebab soalan tanya DUA BELAS bahagi 4. Sebab tu kena lukis DUA BELAS.

Kalau soalan tu tanya 48 bahagi 4, kena lukis EMPAT PULUH LAPAN objek. Faham takkkk?"

Kena tanya dengan intonasi teruja giteww. Yang aku tulis huruf besar, kau tekankan suara. Ala, pandai-pandai kau lah. Takkan semua aku kena ajar. Hmmm.

No automatic alt text available.
Kemudian suruh dia buat kumpulan empat-empat. Kira objek empat, bulatkan. Kira lagi empat, bulatkan lagi. Sampai semua objek tu ada dalam kumpulan masing-masing.

Pastu kau tanya dia,

" Kenapa kena bulatkan empat-empat? "

Pastu kau jawab sendiri,

" Sebab soalan tanya 12 / EMPAT! Bahagi EMPAT kena bulat EMPAT lah. Kalau bahagi lapan bulatkan lapan-lapan."

Budak-budak ni memang bila kau tanya, kau sendiri kena jawab. Kalau tunggu dia jawab, sampai subuhlah. Bila mereka dah faham elok baru mereka yang jawab tanpa perlu disuruh lagi.

Itu petanda mereka dah faham dan itu petanda kau dan berjaya! 

No automatic alt text available.
Akhir sekali, suruh mereka kira berapa KUMPULAN YANG TERHASIL. Dan itulah JAWAPANNYA. Lepas tu kau jerit sampai jiran kau terkejut lagi,

" SENANG TAK ADIK??"

" SENANGNYA MAMA!"

" JOM JOGET POCO-POCO DIK!"

��������

Maka berjogetlah kau sampai subuh. Kalau laki ada sama, ajak dia joget sekali.

Sesekali buang tebiat apa salahnya.

No automatic alt text available.
" Kalau senang, cuba adik jawab soalan nombor 3 ini. Adik buat sendiri," kata kau dengan lembut dan pandang dia dengan pandangan kasih dan sayang.

'Hanger' kau selit bawah bontot tau. Bila dia silap atau lupa, terus muka kau yang penyayang itu kau tukar menjadi singa yang bengis. Keluarkan 'hanger', sebat atas meja biar berkecai 'hanger' tu. Baru dia ingat sampai mati.

Eh, tak lah. Aku gurau je lah. Tapi kalau kau buat betul-betul pun bagus juga.

Bila mereka dah faham konsep, kau teruskan pula ajar aras yang lebih tinggi.

No automatic alt text available.

Kau ajar dia bahawa BAHAGI itu lawan bagi DARAB. Kau tulis beberapa contoh SOALAN BAHAGI dan tukarkan kepada SOALAN DARAB.

Yang mana kurang faham nak selesai cara bahagi, mereka boleh selesaikan soalan tu dengan cara darab.

Dan ya, suruh anak hafal sifir. Paksa kalau perlu. Maksudnya bukan paksa pakai penyapu ke apa. Kau ugut je tak bagi tengok tv dan main telefon setahun. Gerenti berjayalah tektik ini.

Selasa, 24 Oktober 2017

KOLEKSI SOALAN AKHIR TAHUN | MATEMATIK KERTAS 2 TAHUN 5



KOLEKSI SOALAN AKHIR TAHUN | MATEMATIK TAHUN 5 KERTAS 1



Selasa, 6 Jun 2017

KOLEKSI 3500 SOALAN LATIHAN ASAS MATEMATIK


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan pautan yang telah disediakan.


Seperti yang diterangkan di atas, nota ini adalah di dalam format ‘Microsoft Words’. Jadi para guru bolehlah mengubahsuai atau menambah nota ini lagi sendiri.

Isnin, 27 Februari 2017

MODUL MATEMATIK FORMAT BAHARU UPSR 2017



DOWNLOAD [ SINI ]

Selasa, 21 Februari 2017

DOWNLOAD | KOLEKSI SOALAN GALUS MATEMATIK UPSR SET 1


Sabtu, 17 September 2016

5 SET MODUL LATIH TUBI MATEMATIK UPSR | MAJLIS GURU CEMERLANG


DOWNLOAD 5 MODUL LATIH TUBI MATEMATIK UPSR | MAJLIS GURU CEMERLANG 




MODUL 4 [ KLIK SINI ]

MODUL 5 [ KLIK SINI ]



Jumaat, 16 September 2016

KOLEKSI SOALAN AKHIR TAHUN - MATEMATIK TAHUN 1

KOLEKSI SOALAN AKHIR TAHUN - MATEMATIK TAHUN 1

Isnin, 5 September 2016

3O SET LATIHAN MUDAH MATEMATIK | KERTAS 2

DOWNLOAD 30 SET LATIHAN MUDAH MATEMATIK FORMAT KERTAS 2 MATEMATIK UPSR



DOWNLOAD 30 SET LATIHAN MUDAH MATEMATIK

Jumaat, 19 Ogos 2016

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2016 | NEGERI SEMBILAN


Berikut dikongsikan soalan-soalan percubaan. Selamat mendownload.


KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2016 | NEGERI PERLIS


Berikut dikongsikan soalan-soalan percubaan. Selamat mendownload.

 Sains

Rabu, 10 Ogos 2016

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR | MATEMATIK 2016 | TERENGGANU


Berikut dikongsikan link download soalan sains k2 dan k2.
Semoga bermanfaat

Matematik Kertas 1
Matematik Kertas 2

Selamat mendownload.

kredit:SGO

Khamis, 16 Jun 2016

TIPS PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK DENGAN KAEDAH GARIS LURUS



Ahad, 5 Jun 2016

FREE DOWNLOAD | KOLEKSI LATIH TUBI SOALAN MATEMATIK UPSR KERTAS 2 | 131 MUKA SURAT



Jumaat, 20 Mei 2016

FREE DOWNLOAD | MODUL DARAB E-TAM


SUMBANGAN FB TEKO DAN CAWAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sempena hari baik & hari lahir sy, ingin saya hadiahkan kepada semua sebahagian slide dari Modul Darab eTAM (latih tubi susun sifir 2-5). Klik link di bawah utk download ( format file: swf, boleh buka guna GOMPlayer, Internet Explorer, Google Chrome, Winamp dll). Silakan download & share. Mudah2an bermanfaat.
 download modul darab e-tam dengan klik [ SINI ]

Jumaat, 22 April 2016

DOWNLOAD | MODUL BIJAK MATEMATIK


DOWNLOAD MODUL BIJAK MATEMATIK PREVIEW