Sebelum berakhir sesi persekolahan, adalah digalakkan untuk kita buat senarai semak tugas guru, yang meliputi segala unit dan bahagian seperti kurikulum, kokurikulum, pentadbiran, hal ehwal murid dan sebagainya.
Mengapa pentingnya senarai semak ini? Senarai semak memang sangat penting, terutamanya bagi memastikan segala tugas telah dijalankan dengan sempurna, jika ada yang tertinggal kita boleh cepat-cepat siapkan semuanya sebelum berakhirnya sesi persekolahan. Sudah pasti guru tidak mahu tiba-tiba dipanggil ketika sedang bercuti bukan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan senarai semak tugas guru [ DOWNLOAD SINI ] ini bolehlah dapatkannya di sini. Semoga tugas guru akan lebih lancar lagi tanpa mengganggu cuti anda.
Senarai semak mungkin berbeza mengikut sekolah, namun boleh dijadikan sebagai rujukan. Anda juga disarankan untuk merujuk jawatankuasa pentadbiran bagi membuat perbincangan berkenaan item yang perlu ditambah atau dikurangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan