Rabu, 16 November 2016

[TERKINI ] Template dan Contoh Surat Rayuan Semakan Semula Egtukar

Dalam post kali ini kami ingin kongsikan Contoh Surat Rayuan Versi Terbaru yang  telah berjaya dalam rayuan  baru-baru ini.



Walaubagaimanapun mungkin alasan pertukaran berbeza, kerana admin punya alasan ikut pasangan, mungkin tidak sama dengan anda, namun ia tidak menjadi masalah kerana anda pasti boleh ubahsuai untuk supaya bertepatan dengan tujuan permohonan.

Mulai 2015 ini kuasa kelulusan pertukaran sebenarnya telah diperturunkan kepada PPD, dan KPM sebagai pemantau, seperti mana yang admin ceritakan pada post yang lepas. Oleh yang demikian ada perubahan sedikit pada alamat yang perlu anda hantar. Nama tajuk surat juga perlu diubah kepada,-Rayuan Semakan Semula Permohonan Egtukar Bagi Sesi Jan 2016

Berikut adalah Contoh Terkini Surat Rayuan Semakan Semula Permohonan EGtukar:
Setelah anda, selesai, membuat surat ini, anda perlu hantar ke beberapa tempat iaitu:


PPD SEMASA (WAJIB HANTAR)
PPD DIPOHON (WAJIB HANTAR)
JPN SEMASA (WAJIB HANTAR JIKA ANTARA NEGERI)
JPN DIPOHON (WAJIB HANTAR JIKA ANTARA NEGERI)
KPM (OPTIONAL)



NAMA ANDA
ALAMAT ANDA
_________________________________________________________________________

Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah
Pejabat Pendidikan Daerah YANG DIPOHON 
ALAMAT LENGKAP PPD                                                                                3 NOV 2015


Tuan,
RAYUAN SEMAKAN SEMULA PERMOHONAN PERTUKARAN GURU DARI PPD NYATAKAN KE PPD NYATAKAN BAGI SESI JAN 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Saya NAMA ANDA (IC NUMBER) ingin membuat rayuan agar permohonan pertukaran saya ke PPD NYATAKAN dipertimbangkan semula. Berikut adalah maklumat penting permohonan saya;

No. Permohonan E-Gtukar  : NYATAKAN
No. Fail JPN                           : NYATAKAN
PPD Semasa                          : NYATAKAN
Sekolah Semasa                   : NYATAKAN
PPD Dipohon                         : NYATAKAN
Opsyen                                   : NYATAKAN


3.         Permohonan pertukaran yang dibuat adalah kerana ingin mengikut pasangan iaitu NYATAKAN yang sedang bertugas sebagai guru di NYATAKAN (Rujuk lampiran)
Faktor yang perlu pihak tuan pertimbangkan adalah seperti berikut:

i. (NYATAKAN SEBAB)
ii.
iii.
iv.

4.         Oleh yang demikian, dengan harapan yang tinggi saya merayu agar permohonan pertukaran saya dapat disemak semula dan dipertimbangkan. Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

_________________________________
(NAMA ANDA)


s.k PPD NYATAKAN
s.k JPN NYATAKAN


Setelah anda, selesai, membuat surat ini, anda perlu hantar ke beberapa tempat iaitu:

  1. PPD SEMASA (WAJIB HANTAR)
Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah
  1. PPD DIPOHON (WAJIB HANTAR)
Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah
  1. JPN SEMASA (WAJIB HANTAR JIKA ANTARA NEGERI)
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Unit Pengurusan Sekolah Rendah
  1. JPN DIPOHON (WAJIB HANTAR JIKA ANTARA NEGERI)
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Unit Pengurusan Sekolah Rendah
  1. KPM (OPTIONAL)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

(TUKARKAN ALAMAT PENERIMA SETIAP SURAT, JIKA SEKOLAH MENENGAH TUKAR SEKOLAH MENENGAH)

Hantar sendiri atau boleh pos sahaja?
Hantar sendiri pun boleh, pos pun boleh. Admin dulu pos sahaja, tapi berjaya juga, jadi jika anda jauh nak hantar bolehlah hantar guna pos ekspress.
Jangan lupa dokumen sokongan iaitu:
Borang EGTUKAR (Print)
Surat Izin Suami
Tempat kerja Suami/Ister
Surat Nikah
Surat Doktor
Laporan Polis
(Jika Dokumen Tersebut Berkaitan)

Jika ingin Versi Word Boleh Muat Turun di Pautan Berikut.
Sebarang pertanyaan sila ke Facebook Page {KOLEKSI BBM}.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan