Selasa, 30 Mei 2017

DOWNLOAD | Panduan, Contoh Sasaran Keberhasilan PBPPP Lengkap Untuk 41 Jenis Jawatan


Contoh sasaran keberhasilan ini disediakan untuk membantu Pegawai Penilai (PP) dan juga Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merangka penulisan sasaran keberhasilan mengikut bidang tugas dan sasaran yang akan dicapai dalam satu tempoh penilaian semasa. 

Dokumen ini perlu dibaca bersama-sama dengan Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK). 

Contoh penulisan bidang tugas, sasaran keberhasilan dan bilangan sasaran keberhasilan yang disediakan adalah sebagai panduan dan PPP tidak terikat dengan contoh dan jumlah bilangan yang diberikan. 

PPP boleh merujuk mana-mana contoh keberhasilan dalam mana-mana contoh jawatan sekiranya sesuai. 

Walau bagaimanapun penulisan sasaran keberhasilan perlu mengikut garis panduan penulisan sasaran keberhasilan seperti dalam GPPKK. 


Contoh-contoh sasaran keberhasilan disediakan adalah mengikut jawatan dan skop tugas PPP. 

Jawatan yang ada bagi penulisan contoh-contoh penulisan keberhasilan adalah seperti berikut: 

1. Pengetua/ Guru Besar 
2. Penolong Kanan Pentadbiran 
3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 
4. Penolong Kanan Kokurikulum 
5. Penolong Kanan Tingkatan 6 
6. Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 
7. Guru Akademik Biasa Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 
8. Guru Akademik Tingkatan 6 
10. Guru Sekolah Dalam Hospital 
11. Penyelia Sekolah Dalam Hospital 
12. Guru Prasekolah 
13. Guru Bimbingan dan Kaunseling 
14. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Audiologi 
15. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Psikologi 
16. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Terapi Carakerja 
17. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Terapi Pertuturan Bahasa 
18. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Peripatetik 
19. Penyelia Jurulatih Sukan 
20. Jurulatih Sukan (Bola Tampar) 
21. Nazir Sekolah 
22. Timbalan Nazir Negeri 
23. Pegawai Teknologi Pendidikan - PKG 24. Pegawai Teknologi Pendidikan - BTPN 25. Pensyarah IAB 
26. Ketua Jabatan di IAB 
27. Penolong Setiausaha KPM 
28. Fasilitator - Fasilinus 
29. Fasilitator – SIP+ 
30. Fasilitator – SISC+ 
31. Penyelia Pendidikan Sukan Negeri 
32. Pusat Kokurikulum Negeri - Ketua Unit 
33. Penolong Pengarah (JPN) 
34. Kaunselor Organisasi JPN 
35. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah 36. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah 37. Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kolej Matrikulasi 
38. Pensyarah Kolej Matrikulasi 
39. Ketua Unit Kolej Matrikulasi 
40. Pensyarah IPGK 
41. Ketua Jabatan IPGK 


Muat Turun : Panduan dan Contoh Sasaran Keberhasilan Guru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan