Selasa, 24 Oktober 2017

KOLEKSI SOALAN AKHIR TAHUN | MATEMATIK KERTAS 2 TAHUN 5



KOLEKSI SOALAN AKHIR TAHUN | MATEMATIK TAHUN 5 KERTAS 1



Selasa, 17 Oktober 2017

Guru Ini Kongsikan Cara Tulis Petak Sifir Dengan Cepat Dan Mudah


perkongsian ini dikongsi oleh Teacher Ana

No automatic alt text available.
Sediakan petak 9 x 9
Isikan nombor 1 - 9, secara melintang dan menegak


No automatic alt text available.
Masukkan sifir 9 dahulu, mulakan dgn nombor di rumah sa dahulu.

No automatic alt text available.
Lengkapkan sifir 9 dgn menulis nombor di rumah puluh pula.. 

No automatic alt text available.
Lengkapkan sifir 9 secara melintang pula. Guna kaedah yg sama utk tulis sifir 9 tadi.
Masukkan pula sifir 5.
Secara menegak dan melintang

No automatic alt text available.
Masukkan pula sifir 2 secara menegak dan melintang
Murid digalakkan untuk menambah berulang semasa mengisi petak sifir...
Teruskan menulis sifir yg seterusnya iaitu sifir 3, 4, 6, 7 dan 8
Buat secara menegak dan melintang

No automatic alt text available.
Akhirnya murid akan mengisi kotak 8x8 iaitu 64.
Siap sudah...
Mudahkan..
Latih setiap hari... Galakkan murid menulis petak sifir semasa periksa di atas kertas periksa... Mudah, sebab murid sekarang susah sangat nak hafal sifir...

kredit teks dan gambar : Teacher Ana

"Jangan Bagi Terlampau Banyak Beban Kepada Murid "- Menteri Pendidikan Malaysia

Penggunaan Buku Kerja yang banyak hanya akan menyebabkan beg berat, murid terpaksa membawa beg yang hampir 10Kg setiap hari.
“Ada murid yang bawa 10 kilogram buku ke sekolah. Kita jangan bagi terlampau banyak beban kepada murid. Buku teks sudah ada, namun ia ditambah dengan buku kerja, buku latihan sehingga terlampau banyak,” kata Menteri Pendidikan.
Beliau  diminta mengulas  mengenai kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon bahawa terdapat sekolah yang mengingkari  pekeliling mengenai penggunaan  buku kerja di sekolah rendah yang sekali gus  menyebabkan bebanan kepada murid.
Murid di sekolah rendah sebenarnya perlu diberi peluang merasai keseronokan alam persekolahan.
Kebanyakan sekolah membeli buku kerja luar sebagai latihan tambahan terutamanya murid di tahap 2. Namun begitu, apabila ia terlalu banyak akan menyebabkan beg murid terlalu berat dan buku tidak dapat dihabiskan.
Bagi guru, keperluan menggunakan buku kerja adalah kerana beberapa faktor seperti, kekurangan latihan, murid tidak sempat menyalin soalan, buku kerja lebih mudah digunakan dan sebagainya.

Guru Dan Guru Besar Tidak Boleh 'Paksa' Waris Beli Buku Latihan Luar

Kementerian Pendidikan Malaysia menegaskan penggunaan buku kerja adalah tertakluk di bawah Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2000: Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah.
Guru Besar dan Guru tidak boleh memaksa ibu bapa atau penjaga untuk membeli buku kerja dari syarikat luar.
Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berikutan

DOWNLOAD | BORANG MAKLUMAT MURID APDM KPM


Sekiranya anda merupakan seorang guru kelas, sudah pasti anda pernah melihat Borang Maklumat Murid ini, namun berkemungkinan juga anda tidak pernah tahu pun akan adanya borang ini. Apakah kegunaan BMM ini?
Ada juga di sesetengah negeri menggunakan borang lain, atau menamakannya dengan nama lain seperti Borang Sistem Maklumat Murid SSM, Borang Profile Murid dan sebagainya. Borang Manual ini biasanya diberi kepada penjaga di awal tahun bagi mendapatkan maklumat murid seperti:
  • Alamat
  • No Telefon
  • Nama Penjaga
  • Status Perkahwinan Penjaga
  • Pekerjaan Ibu Bapa
  • Jumlah Pendapatan
  • Jumlah Tanggungan
Ini sebahagian maklumat yang diperlukan oleh sekolah khususnya guru kelas, maklumat ini akan dikemaskini di dalam data APDM agar ia disimpan secara online.
Antara maklumat yang selalu berubah adalah seperti no telefon, alamat, jumlah pendapatan dan jumlah tanggungan. Tetapi ada juga segelintir penjaga yang kurang senang apabila tiap-tiap tahun kena isi borang sama, cikgu tidak simpan rekod ke? Sebenarnya, guru memerlukan maklumat semasa, contohnya nombor telefon, kerap ditukar, jika anak berlaku masalah di sekolah, penjaga perlu dihubungi segera.
Selain itu, maklumat pendapatan semasa, ini penting untuk pihak sekolah meneliti setiap murid adakah layak menerima bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan KWAPM, bantuan zakat, dan bantuan dari PIBG.
kredit: Pendidik2u

DOWNLOAD | TAB PINTAR JAWI




DOWNLOAD [ TAB PINTAR JAWI ]

kredit : BBM Jawi