Khamis, 22 Jun 2017

DOWNLOAD | BAHAN KECEMERLANGAN UPSR 2017 | LENGKAP SEMUA SUBJEK UPSR


DOWNLOAD | BAHAN KECEMERLANGAN UPSR 2017




DOWNLOAD | BAHAN KECEMERLANGAN UPSR 2017 | MATEMATIK KERTAS 1 DAN 2


DOWNLOAD | BAHAN KECEMERLANGAN UPSR 2017 | BAHASA MELAYU PEMAHAMAN DAN PENULISAN


DOWNLOAD | BAHAN KECEMERLANGAN UPSR 2017 | SAINS KERTAS 1 DAN 2



DOWNLOAD | BAHAN KECEMERLANGAN UPSR 2017 | BAHASA INGGERIS KERTAS 1 DAN 2



Rabu, 21 Jun 2017

30 TEKNIK RAHSIA OPERASI MATEMATIK | TEKNIK GENIUS SELESAIKAN MASALAH


SENARAI TAJUK DALAM 30 TEKNIK RAHSIA OPERASI MATEMATIK




MODUL FAKTA ASAS MATEMATIK [ TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 2 ]

+ Fakta Asas Operasi (FAO) Modul 1 – Tambah & Tolak ~ Lebih dari 1000 Soalan
+ Fakta Asas Operasi (FAO) Modul 2 – Darab & Bahagi ~ Lebih dari 1000 Soalan
+ Fakta Asas Penyelesaian Masalah (FAPM) Modul 3 – Tambah & Tolak ~ Lebih dari 500 Soalan
+ Fakta Asas Penyelesaian Masalah (FAPM) Modul 4 – Darab & Bahagi ~ Lebih dari 500 Soalan
 
Sangat Sesuai :
+ Untuk anak yang sangat lemah asas matematiknya
+ Untuk anak yang mahu 'polish' semula asas matematiknya
+ Dengan Jumlah soalan yang banyak sangat sesuai untuk kegunaan selama SETAHUN
 
 

DOWNLOAD | MODUL TARGET A+ MATEMATIK TAHUN 1DWIBAHASA | LEBIH 289 KOLEKSI SOALAN


Jom DOWNLOAD MODUL TARGET A+ MATEMATIK TAHUN 1DWIBAHASA

Lebih 289 Soalan terpilih bertaraf peperiksaan dan berkualiti tinggi sesuai dengan murid tahun 1 sebagai latihan asas tambahan..

Terima kasih kepada Cikgu Mohd Rajaei Ali atas perkongsian bahan ini


Isnin, 19 Jun 2017

KOLEKSI SOALAN LENGKAP | PERCUBAAN UPSR DIDIK BERITA HARIAN

Dibawah dikongsikan koleksi lengkap soalan Percubaan UPSR Didik Berita Harian

download [ sini ]

DOWNLOAD | LEMBARAN MEWARNA SAMPUL RAYA


Dibawah dikongsikan beberapa lembaran mewarna Sampul Hari Raya..

DOWNLOAD | LEMBARAN MEWARNA KAD HARI RAYA AIDILFITRI


Dibawah dikongsikan beberapa lembaran mewarna Kad Hari Raya..
Kredit pada BBM Nik , Yang Comey Yang Cute dan Cikgu Yuslan. terima kasih atas perkongsian ini

LIKE PAGE KAMI








DOWNLOAD | NOTA MATEMATIK UPSR | FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR


download

Jangan lupa Like Page Kami...


Rabu, 14 Jun 2017

KOLEKSI BINA 2 AYAT BERPANDUKAN GAMBAR

No automatic alt text available.

Isnin, 12 Jun 2017

DOWNLOAD | Note Expansion for UPSR (Guided Narrative Writing)




CREDIT : TEACHER CYNTHIA JAMES

Ahad, 11 Jun 2017

MODUL KECEMERLANGAN UPSR | BAHASA MELAYU PENULISAN



MODUL KECEMERLANGAN UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN

Makluman :
File disimpan dalam One Drive . Mohon untuk refresh window sekiranya fail gagal diakses 

MODUL KECEMERLANGAN UPSR | BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


DOWNLOAD


LIKE PAGE 



Sabtu, 10 Jun 2017

DOWNLOAD | 3 SET OF TOPICAL GRAMMAR PRACTICES




DOWNLOAD BY CLICK LINK BELOW :

SENARAI LAMAN WEB SUMBER RUJUKAN KBAT DALAM PDPC ABAD KE 21


Apakah bahan sumber KBAT?

Bahan sumber dalam pelaksanaan KBAT melibatkan bahan sumber berstruktur dan tidak berstruktur.

Bahan berstruktur terdiri daripada buku teks dan bahan digital yang disediakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). 

Bahan tidak berstruktur pula terdiri daripada bahan seperti keratan akhbar, jurnal, majalah dan bahan dari internet yang disediakan oleh guru untuk PdP bagi
meningkatkan KBAT murid.


Bahan sumber KBAT boleh diakses pada bila-bila masa dan guru boleh menyertai pelbagai forum atau layari laman web berikut untuk lebih info atau contoh:

Bagaimana nak dapatkan bahan sumber KBAT tidak berstruktur yang berkualiti:
1. Berkongsi bersama rakan guru
2. Dibincangkang semasa PLC
3. Melihat contoh-contoh PdPc dengan bahan sumber sebegini melalui blog, forum, youtube dan e-guru
4. Relevan dan menepati objektif pembelajaran

Sumber: BPK

Rabu, 7 Jun 2017

TEKNIK "SALAM" BANTU MURID BINA AYAT BAHASA MELAYU UPSR


Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rizzman atas perkongsian bahan bermanfaat ini..

Teknik ini dilihat mampu membantu murid membina ayat dalam Kertas Bahasa Melayu UPSR Bahagian A. Dalam teknik ini murid akan dibimbing membina ayat mudah .

Download [ teknik SALAM ]

MODUL UPSR BAHASA INGGERIS - PENULISAN BESERTA JAWAPAN



Sebelum ini admin ada kongsikan MODUL BAHASA INGGERIS PELBAGAI ARAS - SOALAN PEMAHAMAN .. kepada yang terlepas boleh klik link yang diBoldkan ..

Admin nk ucapkan setinggi terima kasih kepada pemilik bahan teacher Raihan atas perkongsian ini..
Anda boleh ke halaman blog beliau di raihanjalaludin.blogspot.my

Kali ini, admin nak kongsikan pula. 






jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda ataupun murid-murid...semoga bermanfaat 

MODUL UPSR BAHASA INGGERIS - PEMAHAMAN BESERTA JAWAPAN


admin kongsikan kepada anda lagi bahan berkaitan UPSR iaitu Modul UPSR Bahasa Inggeris Pelbagai Aras yang melibatkan Soalan Pemahaman, Penulisan dan juga Cadangan Jawapan..

Download dibawah

MODUL UPSR BAHASA INGGERIS - PEMAHAMAN [ BAHAGIAN A 

MODUL UPSR BAHASA INGGERIS - PEMAHAMAN [ BAHAGIAN B ]

MODUL UPSR BAHASA INGGERIS - JAWAPAN

Admin nk ucapkan setinggi terima kasih kepada pemilik bahan teacher Raihan atas perkongsian ini..
Anda boleh ke halaman blog beliau di raihanjalaludin.blogspot.my

CARA MENJAWAB SOALAN ULASAN BAHASA MELAYU UPSR MENGGUNAKAN TEKNIK "SUHSI"


Hasil perkongsian Cikgu Rizman. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini..

Teknik Suhsi bantu Murid Jawab Soalan Ulasan BAhasa Melayu UPSR


Selasa, 6 Jun 2017

KOLEKSI 3500 SOALAN LATIHAN ASAS MATEMATIK


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan pautan yang telah disediakan.


Seperti yang diterangkan di atas, nota ini adalah di dalam format ‘Microsoft Words’. Jadi para guru bolehlah mengubahsuai atau menambah nota ini lagi sendiri.

80 KESALAHAN TATABAHASA YANG TIDAK KITA SEDARI

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘Microsoft Words’ dan halaman adalah sebanyak 14 muka surat.

DOWNLOAD | 3 SET LATIHAN KARANGAN BAHASA MELAYU


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : 

PANDUAN DAN TEKNIK MENULIS KARANGAN YANG BERKESAN

Karangan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian kerana unsur-unsur yang membina karangan – perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi serta pengetahuan atau pengalaman – berpunca sepenuhnya daripada penulisnya. Sekiranya penulis tidak menguasai semua unsur tersebut, karangan berkenaan tidak akan sempurna.

Karangan juga seperti manusia, perlu mempunyai kepala, bahagian tengah dan anggota bawah untuk menjadi manusia yang lengkap fizikalnya. Hal ini kerana setiap karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Anggota-anggota badan manusia itu pula perlu berada di tempatnya yang sebenar. Demikianlah juga dengan karangan, bahagian-bahagian karangan berkenaan didirikan oleh perenggan.
Didapati bahawa kegagalan calon peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat markah yang tinggi disumbangkan oleh kertas karangan. Pelajar  mempunyai idea tetapi mempunyai masalah untuk mengolah dan meghuraikan idea tersebut. Disini masalah sebenar pelajar ialah tiada skill untuk mengarang. Masalah ini timbul disebabkan pelajar tidak menguasai suatu cara asas atau kemahiran untuk menulis karangan. Pelajar sebaik-baiknya diajarkan langkah atau teknik menulis setiap perenggan supaya mereka dapat menulis karangan dengan berkesan.

Teknik Menulis Karangan

1. Mengetahui Kehendak Soalan
Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan baik, pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu yang ingin dibincangkan, atau idea keseluruhan, atau tema. Dalam kata lain, pelajar perlu mengetahui kunci, iaitu kehendak sesuatu tajuk. Ini untuk memastikan pelajar menulis isi yang tepat dan terelak daripada terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk.
2. Membina perenggan
Setiap karangan harus mempunyai perenggan-perenggan tertentu. Untuk pendahuluan dan penutup, masing-masing dibina oleh satu perenggan. Untuk isi, jumlah perenggan bergantung kepada jumlah isi utama atau isi besar. Jumlah isi utama yang dianggap memadai untuk sesebuah karangan ialah tiga atau empat.
Satu perenggan hendaklah dibangunkan oleh satu isi utama sahaja. Sekiranya terdapat tiga isi utama, maka jumlah perenggan untuk isi ialah tiga juga. Dengan yang demikian, karangan tersebut biasanya mempunyai lima atau enam perenggan. Pembinaan perenggan yang tersusun menjadikan karangan berkenaan menarik untuk dibaca, malah menggambarkan bahawa pelajar menguasai teknik penulisan yang berkesan.
Untuk memudahkan pelajar membina perenggan, pelajar harus menentukan jumlah ayat yang perlu ditulis. Untuk peringkat PMR, sebaik-baiknya tiga atau empat ayat, manakala untuk SPM, seelok-eloknya dibina lima ayat. Ini penting untuk mengimbangkan huraian dan juga jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan.
(a) Perenggan Pendahuluan
Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya atau memberi perkenalan kepada tajuk karangan supaya pembaca lebih tertarik untuk membaca perenggan seterusnya.
Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan.
Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.
Contoh :
(1) Akhir-akhir ini didapati bahawa kualiti air semakin terancam. (2) Banyak kes pencemaran air dilaporkan berlaku di sana-sini yang sangat membimbangkan kita. (3) Bukan sahaja air sungai atau laut yang tercemar, malah sekarang melibatkan air yang diproses di loji pembersihan. (4) Fenomena ini akan mengancam kesihatan dan keselamatan sesiapa yang menggunakannya. (5) Masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh sikap anggota masyarakat sendiri yang tidak memberikan perhatian terhadap kebersihan sumber alam tersebut.
Huraian:
Dalam perenggan di atas, ayat (1) ialah ayat pengenalan, manakala ayat (2) hingga ayat (4) ialah ayat huraian. Ayat (5) pula merupakan ayat fokus, yang memberikan bayangan paling dekat terhadap inti tajuk, “sikap masyarakat merupakan penyebab pencemaran air”.
(b) Perenggan Isi
Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi utama dihuraikan dalam satu perenggan supaya karangan lebih kemas dan memudahkan pemeriksa mengenal pasti isi utama dan isi sampingan. Penyusunan isi utama pula mengikut kepentingan iaitu yang lebih penting atau dapat dihuraikan dengan jelas hendaklah didahulukan.
Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi utama. Bagi pelajar yang sudah cekap mengarang, ayat topik boleh juga diletakkan di tengah atau bahagian akhir perenggan.
Tetapi, untuk memudahkan pelajar membuat huraian, lebih baik diletakkan pada awal perenggan. Ini diikuti oleh dua hingga empat ayat huraian. Ayat ini mengandungi isi sampingan atau sokongan kepada ayat topik, dan kadangkala termasuk contoh yang difikirkan sesuai.
Contoh:
(1) Satu daripada sikap sebilangan anggota masyarakat kita adalah tidak mementingkan aspek kebersihan persekitaran dalam kehidupan sehari-hari. (2) Mereka tidak suka kepada sampah-sarap, tetapi mereka mengambil mudah urusan membuang sampah. (3) Dengan sikap ini mereka menjadikan longkang, sungai dan tasik sebagai tong sampah, sebagaimana yang lazim berlaku di perkampungan setinggan. (4) Hal ini bukan sahaja menyebabkan air sungai atau tasik tercemar, tetapi juga memudahkan terjadinya banjir kilat kerana laluan air tersekat ketika hujan.
Huraian:
Ayat (1) merupakan ayat topik, iaitu yang menyatakan isi utamanya, “sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan”. Ayat-ayat berikutnya merupakan ayat huraian, iaitu ayat (2) dan (3) memberikan contoh sikap yang dinyatakan, manakala ayat (4) menerangkan akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab tersebut.
(c) Perenggan Penutup
Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Pelajar boleh membina perenggan ini dengan menggunakan tiga hingga lima ayat. Perenggan ini tidak seharusnya mengulang kembali apa yang telah dituliskan dalam perenggan pendahuluan. Beberapa cara menulis penutup yang mudah adalah seperti menyatakan semula, membuat ramalan dan membuat syor. Walau bagaimanapun, pemilihan teknik penutup perlulah sesuai dengan jenis karangan.
(i) Membuat Ramalan
Dengan penutup cara ini, pelajar menghuraikan kemungkinan yang akan berlaku.
“Sikap sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius. Pelbagai jenis penyakit bawaan air yang sukar dikawal akan merebak dengan cepat, dan menjejaskan kesihatan penduduk. Selain itu, hal ini akan membabitkan peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahaja untuk mengubati pelbagai penyakit tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau laut yang tercemar.”
Dalam perenggan penutup tersebut, dua ramalan dibuat, iaitu dalam dua ayat terakhir.
(ii) Memberikan Syor
Melalui teknik ini pelajar menutup karangan dengan memberikan cadangan yang dikira munasabah. Dua cadangan dianggap mencukupi. Walau bagaimanapun, teknik ini tidak sesuai dengan karangan yang sudah meminta langkah atau cara untuk menyelesaikan sesuatu isu. Hal ini kerana pelajar telah menyatakannya dalam perenggan isi, walaupun berlainan. Contoh penutup jenis ini adalah sebagaimana di bawah ini:
“Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di mana-mana sahaja. Untuk mengatasinya, kesedaran masyarakat terhadap kebersihan perlu dipupuk. Kempen, ceramah dan pertandingan perlu dijalankan dari semasa ke semasa sehingga masyarakat dapat mendisiplinkan diri dalam aspek kebersihan. Selain itu, peraturan yang sesuai perlu digubal, ditambah atau diubah suai. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan yang tegas wajib dilaksanakan untuk memastikan segala program mencapai matlamatnya.”
Huraian di atas adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar teknik yang betul dan berkesan dalam menulis karangan. Pelajar akan menjadi lebih mudah untuk menulis karangan jika guru memberi penerangan yang jelas dan tepat.

Isnin, 5 Jun 2017

DOWNLOAD | MODUL CEMERLANG BAHASA INGGERIS UPSR VOL. 1,2, DAN 3

MODUL CEMERLANG BAHASA INGGERIS UPSR 

============================
📕
Vol 1 : Grammar Practice
(112 pages/1.43mb)
💾
 Download here :
============================
📗
Vol 2 :
– text completion
– social expression
– comprehension (obj + subjective)
(100 pages/7.05mb)
💾
 Download here:
============================
📘
Vol 3 :
1. Information Transfer
2. Sample section b(i) format
3. Formatted writing
4. Essay section c(i)
5. Essay section c(ii)
(97 pages/7.43mb)
💾
 Download here:

Senarai Formula Penting Matematik UPSR Yang Perlu Murid Kuasai Dengan Baik

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula.
Sekiranya murid faham soalan tetapi tidak tahu cara kira menggunakan formula, murid akan gagal dalam menjawab soalan. Oleh yang demikian, murid perlu didedahkan formula yang penting dalam menajwab soalan Matematik.
Guru tidak perlu menekankan bahawa formula ini perlu diingat tetapi guru perlu sentiasa membuat latih tubi supaya murid dengan sendirinya akan mengetahui cara guna formula yang betul. Jika murid ingat semula tetapi tidak tahu cara gunakannya, ini juga menjadi amsalah murid tidak dapat menjawab soalan Matematik.
Disini admin ingin kongsikan beberapa formula penting yang sering keluar di dalam UPSR.
  1. Nombor, Perpuluhan dan Masa
Formula nombor, perpuluhan dan masa
2. Jarak, Jisim dan Isipadu
Formula Jarak, Jisim dan Isipadu
3. Luas, Isipadu dan Perimeter
Formula luas, isipadu dan perimeter
4. Purata dan Peratus
Formula Purata dan Peratus
Guru boleh cetak dan tampal di dalam kelas atau cetak berikan kepada semua murid. Guru boleh minta murid untuk tampal di atas meja atau tulis di dalam buku kecil supaya dapat di bawa kemana sahaja.
Setiap kali menjawab soalan guru boleh minta murid untuk rujuk formula. Hal ini bagi memastikan murid dapat mengetahui bentuk soalan dan formula yang harus digunakan. Guru juga boleh soal murid setiap kali masuk ke kelas sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.
Kongsikan bahan ini kepada guru-guru di luar sana. Perkongsian daripada anda amat diperlukan oleh guru-guru di luar sana terutama guru Matematik.