9 Kaedah Mengajar Murid Lemah Membaca oleh Puan Azura SiSc+ Bahasa Melayu
Sebahagian kaedah ini saya kongsikan dalam BENGKEL PEMBELAJARAN KOPERATIF GURU BM LINUS Wilayah Keramat yang berlangsung pada 17 - 18 Mei di SK Taman Seri Rampai.
KAEDAH
=======
=======
1. Minta murid gunakan JARI untuk menunjukkan setiap perkataan yang dibaca. Kaedah ini dapat membantu murid FOKUS ketika membaca.
VIDEO KAEDAH MEMBACA MENGGUNAKAN JARI
VIDEO KAEDAH MEMBACA MENGGUNAKAN JARI
2. Gunakan alat seperti PENSEL atau PEMBARIS untuk menunjukkan perkataan yang diajar atau diminta untuk dibaca oleh murid. Kaedah ini juga dapat membantu murid FOKUS membaca.
3. Gunakan KAEDAH GARIS dan BULATKAN PERKATAAN yang tidak dapat dibaca tanpa putus dalam satu perenggan. Kaedah ini boleh membantu guru mengesan murid yang menghadapi MASALAH MENYEBUT PERKATAAN yang sukar dan dalam masa yang sama murid yang bermasalah dalam PENGLIHATAN.
4. Tandakan (/) untuk MEMENGGALKAN AYAT.
CONTOH:
Setiap hari/ saya makan / di kantin sekolah /. Penggunaan tanda (/) dapat membantu murid membaca dengan INTONASI yang betul.
5. Ajar murid membaca dengan CARA MENYANYI. Jika murid sekolah rendah, gunakan lagu kanak-kanak. Jika murid sekolah menengah, pilih lagu terkini yang mudah dan menarik minat murid. Murid bukan sahaja belajar membaca tetapi berasa seronok untuk belajar. Ulang lagu tersebut beberapa kali di dalam kelas dengan melaksanakan pelbagai aktiviti membaca sambil menyanyi:
i. Secara beramai-ramai sambil beraksi
ii. Secara berkumpulan (membuat persembahan)
iii. Secara individu (karaoke - sambung lirik lagu)
Video Kaedah Baca Melalui Nyanyian
ii. Secara berkumpulan (membuat persembahan)
iii. Secara individu (karaoke - sambung lirik lagu)
Video Kaedah Baca Melalui Nyanyian
6. Jika murid tidak kenal huruf, PERKENALKAN HURUF yang ada dalam ejaan NAMA mereka. Dari segi psikologi, murid akan cepat mengenali huruf tersebut kerana berasa dekat dengan diri mereka.
Atau, PERKENALKAN HURUF yang SAMA BENTUK.
CONTOH:
c, e, o, a, d, q, g, d
c letak palang jadi e,
c cantumkan jadi o,
c letak kaki pendek bawah jadi a,
c letak kaki panjang ke atas jadi d,
c letak kaki panjang ke bawah jadi q,
c letak kaki dan cangkuk jadi g.
c cantumkan jadi o,
c letak kaki pendek bawah jadi a,
c letak kaki panjang ke atas jadi d,
c letak kaki panjang ke bawah jadi q,
c letak kaki dan cangkuk jadi g.
7. Gunakan KAD IMBASAN SUKU KATA untuk dicantum menjadi perkataan dan kemudian ayat. Minta murid membaca ayat terbina secara kuat dalam kumpulan.
8. Murid diberikan PETIKAN MUDAH. Murid diminta membaca secara kuat. Kemudian, minta murid mencerakin ayat tersebut menjadi perkataan (minta murid baca perkataan yang dicerakinkan) dan kemudian cerakinkan perkatakan kepada suku kata. Kaedah ini juga MEMBANTU MURID untuk MENGENAL EJAAN PERKATAAN.
CONTOH:
Ini buku cerita Aina.
Ini buku cerita Aina
I ni bu ku ce ri ta Ai na
9. Gunakan TETINGKAP* (hasil inovasi yang dikongsikan oleh seorang GC BM). Tetingkap ini dapat membantu murid FOKUS pada bahan yang dibaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan