Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula.
Sekiranya murid faham soalan tetapi tidak tahu cara kira menggunakan formula, murid akan gagal dalam menjawab soalan. Oleh yang demikian, murid perlu didedahkan formula yang penting dalam menajwab soalan Matematik.
Guru tidak perlu menekankan bahawa formula ini perlu diingat tetapi guru perlu sentiasa membuat latih tubi supaya murid dengan sendirinya akan mengetahui cara guna formula yang betul. Jika murid ingat semula tetapi tidak tahu cara gunakannya, ini juga menjadi amsalah murid tidak dapat menjawab soalan Matematik.
Disini admin ingin kongsikan beberapa formula penting yang sering keluar di dalam UPSR.
- Nombor, Perpuluhan dan Masa
2. Jarak, Jisim dan Isipadu
3. Luas, Isipadu dan Perimeter
4. Purata dan Peratus
Guru boleh cetak dan tampal di dalam kelas atau cetak berikan kepada semua murid. Guru boleh minta murid untuk tampal di atas meja atau tulis di dalam buku kecil supaya dapat di bawa kemana sahaja.
Setiap kali menjawab soalan guru boleh minta murid untuk rujuk formula. Hal ini bagi memastikan murid dapat mengetahui bentuk soalan dan formula yang harus digunakan. Guru juga boleh soal murid setiap kali masuk ke kelas sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.
Kongsikan bahan ini kepada guru-guru di luar sana. Perkongsian daripada anda amat diperlukan oleh guru-guru di luar sana terutama guru Matematik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan