1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk 』Jagalah KebersihanTempat Tinggal Kita』.
2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuksurat kepadasepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajardi sekolah baharu itu.
3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketikaMinggu Bahasa Melayu di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikansyarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rizzman atas perkongsian bahan bermanfaat ini.. Teknik ini dilihat mampu membantu murid membina ayat dalam Kertas Bahasa Melayu UPSR Bahagian A. Dalam teknik ini murid akan dibimbing membina ayat mudah . Download [ teknik SALAM ]
Format Surat Rasmi merupakan surat bersifat formal dan ditulis untuk kepentingan umum. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang sangat berbeza dengan format kiriman tidak rasmi.
Dalam menulis surat kiriman rasmi, penulis perlu sensetif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Format surat kiriman rasmi perlu diikut dengan betul dan tepat. Pelajar yang memilih menjawab soalan surat kiriman rasmi dalam peperiksaan peluang untuk hilang markah tinggi sekiranya tidak mahir dengan format tetapi mudah mendapat markah sekiranya pelajar mahir dengan format.
Siapa Perlu Tahu Tentang Format Surat Rasmi
Kebiasaanya surat kiriman rasmi dihantar bagi urusan rasmi dalam pelbagai bidang. Tidak kira siapa anda, sebenarnya semua orang perlu ambil tahu dan cakna tentang cara penulisan dan format surat rasmi yang tepat.
Contohnya, jika di sekolah murid-murid akan di ajar penulisan format surat rasmi kerana ianya merupakan salah satu item di dalam topik pembelajaran mereka. Maka ini bermakna guru dan murid sama-sama perlu tahu dan cakna tentang penulisan format surat rasmi yang tepat.
Begitu juga dengan ibubapa, katakan suatu hari anda mempunyai urusan keluarga dan anak anda tidak dapat hadir ke sekolah. Maka anda perlu menulis surat rasmi kepada guru menyatakan ketidakhadiran anak anda ke sekolah kerana sebab tertentu bukannya ponteng. Ini penting bagi mengelakkan kehadiran anak anda dalam eKehadiran APDM ditanda sebagai ponteng kerana tiada sebab untuk tidak hadir.
Selain itu, di dalam urusan pekerjaan pastinya akan melibatkan banyak penulisan surat rasmi. Maka benarlah bahawa penulisan surat rasmi ini sangat penting. Oleh sebab itu semua orang wajib untuk mengetahui cara penulisan atau format surat rasmi yang tepat.
Tujuan Surat Rasmi di Tulis
Menulis surat kiriman rasmi mempunyai tujuan yang tertentu. Tujuan haruslah rasmi dan formal. Sebagai contoh untuk menulis surat kepada PIBG untuk menjemput ke majlis di sekolah. Guru tidak boleh menulis surat kiriman tidak rasmi memandangkan ini merupakan urusan rasmi.
Bagi menulis surat kepada kawan-kawan tidak perlu menggunkan format surat kiriman rasmi kerana kandungan surat tidak formal. Ianya lebih sesuai menggunakan surat kiriman tidak rasmi. Di bawah merupakan tujuan-tujuan surat rasmi di tulis.
Permohonan – contoh : memohon kerja atau bantuan
Surat Aduan atau Bantahan – contoh : aduan kerosakan dewan
Surat Pesanan – contoh: Pesanan buku perpustakaan sekolah
Surat Rayuan – contoh: Rayuan perpindahan
Surat Jemputan – contoh: Jemputan menghadiri mesyuarat
Surat Makluman – contoh : Makluman tidak hadir ke sekolah
Teknik Penulisan Surat Rasmi Yang Ringkas & Padat
Dalam menulis surat kiriman rasmi perlu mengikut format yang tepat dan betul.
Gunakan ejaan dan tanda baca dengan betul. Contohnya penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat. Surat kiriman rasmi tidak perlu untuk menulis ayat yang panjang.
Elakkan bahasa kiasan dan ungkapan peribahasa.
Gambaran Format Surat Rasmi Melalui Ilustrasi
Pembaca boleh rujuk gambar di bawah bagi menerangkan mengenai format surat kiriman rasmi.
Contoh Surat Kiriman RasmiFormat surat kiriman rasmi
Gambar di atas menerangkan secara lengkap format surat kiriman rasmi. Setiap format perlu diikut dengan betul dan tepat.
Diharapkan bahan ini dapat membantu guru dalam mengajar murid membuat surat kiriman rasmi. Guru boleh berkongsi bahan ini kepada guru-guru yang lain. Sekiranya guru mempunyai bahan yang lebih baik boleh kongsikan kepada kami. Kami akan kongsikan bahan-bahan yang diperolehi kepada semua guru di luar sana.
Latihan 40 gambar bina ayat untuk bahasa malaysia bahagian A,sesuai untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6.. semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Berikut adalah koleksi set soalan BERFOKUS persediaan UPSR 2016 yang telah dikumpulkan megikut aras murid (sederhana dan tinggi) oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama PPD seluruh negeri.
Set soalan ini disediakan sebagai aktiviti latih tubi tambahan untuk sekolah gunakan kepada murid masing-masing.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua!