Memaparkan catatan dengan label karangan bahasa melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karangan bahasa melayu. Papar semua catatan

Selasa, 6 Jun 2017

DOWNLOAD | 3 SET LATIHAN KARANGAN BAHASA MELAYU


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : 

PANDUAN DAN TEKNIK MENULIS KARANGAN YANG BERKESAN

Karangan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian kerana unsur-unsur yang membina karangan – perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi serta pengetahuan atau pengalaman – berpunca sepenuhnya daripada penulisnya. Sekiranya penulis tidak menguasai semua unsur tersebut, karangan berkenaan tidak akan sempurna.

Karangan juga seperti manusia, perlu mempunyai kepala, bahagian tengah dan anggota bawah untuk menjadi manusia yang lengkap fizikalnya. Hal ini kerana setiap karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Anggota-anggota badan manusia itu pula perlu berada di tempatnya yang sebenar. Demikianlah juga dengan karangan, bahagian-bahagian karangan berkenaan didirikan oleh perenggan.
Didapati bahawa kegagalan calon peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat markah yang tinggi disumbangkan oleh kertas karangan. Pelajar  mempunyai idea tetapi mempunyai masalah untuk mengolah dan meghuraikan idea tersebut. Disini masalah sebenar pelajar ialah tiada skill untuk mengarang. Masalah ini timbul disebabkan pelajar tidak menguasai suatu cara asas atau kemahiran untuk menulis karangan. Pelajar sebaik-baiknya diajarkan langkah atau teknik menulis setiap perenggan supaya mereka dapat menulis karangan dengan berkesan.

Teknik Menulis Karangan

1. Mengetahui Kehendak Soalan
Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan baik, pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu yang ingin dibincangkan, atau idea keseluruhan, atau tema. Dalam kata lain, pelajar perlu mengetahui kunci, iaitu kehendak sesuatu tajuk. Ini untuk memastikan pelajar menulis isi yang tepat dan terelak daripada terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk.
2. Membina perenggan
Setiap karangan harus mempunyai perenggan-perenggan tertentu. Untuk pendahuluan dan penutup, masing-masing dibina oleh satu perenggan. Untuk isi, jumlah perenggan bergantung kepada jumlah isi utama atau isi besar. Jumlah isi utama yang dianggap memadai untuk sesebuah karangan ialah tiga atau empat.
Satu perenggan hendaklah dibangunkan oleh satu isi utama sahaja. Sekiranya terdapat tiga isi utama, maka jumlah perenggan untuk isi ialah tiga juga. Dengan yang demikian, karangan tersebut biasanya mempunyai lima atau enam perenggan. Pembinaan perenggan yang tersusun menjadikan karangan berkenaan menarik untuk dibaca, malah menggambarkan bahawa pelajar menguasai teknik penulisan yang berkesan.
Untuk memudahkan pelajar membina perenggan, pelajar harus menentukan jumlah ayat yang perlu ditulis. Untuk peringkat PMR, sebaik-baiknya tiga atau empat ayat, manakala untuk SPM, seelok-eloknya dibina lima ayat. Ini penting untuk mengimbangkan huraian dan juga jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan.
(a) Perenggan Pendahuluan
Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya atau memberi perkenalan kepada tajuk karangan supaya pembaca lebih tertarik untuk membaca perenggan seterusnya.
Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan.
Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.
Contoh :
(1) Akhir-akhir ini didapati bahawa kualiti air semakin terancam. (2) Banyak kes pencemaran air dilaporkan berlaku di sana-sini yang sangat membimbangkan kita. (3) Bukan sahaja air sungai atau laut yang tercemar, malah sekarang melibatkan air yang diproses di loji pembersihan. (4) Fenomena ini akan mengancam kesihatan dan keselamatan sesiapa yang menggunakannya. (5) Masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh sikap anggota masyarakat sendiri yang tidak memberikan perhatian terhadap kebersihan sumber alam tersebut.
Huraian:
Dalam perenggan di atas, ayat (1) ialah ayat pengenalan, manakala ayat (2) hingga ayat (4) ialah ayat huraian. Ayat (5) pula merupakan ayat fokus, yang memberikan bayangan paling dekat terhadap inti tajuk, “sikap masyarakat merupakan penyebab pencemaran air”.
(b) Perenggan Isi
Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi utama dihuraikan dalam satu perenggan supaya karangan lebih kemas dan memudahkan pemeriksa mengenal pasti isi utama dan isi sampingan. Penyusunan isi utama pula mengikut kepentingan iaitu yang lebih penting atau dapat dihuraikan dengan jelas hendaklah didahulukan.
Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi utama. Bagi pelajar yang sudah cekap mengarang, ayat topik boleh juga diletakkan di tengah atau bahagian akhir perenggan.
Tetapi, untuk memudahkan pelajar membuat huraian, lebih baik diletakkan pada awal perenggan. Ini diikuti oleh dua hingga empat ayat huraian. Ayat ini mengandungi isi sampingan atau sokongan kepada ayat topik, dan kadangkala termasuk contoh yang difikirkan sesuai.
Contoh:
(1) Satu daripada sikap sebilangan anggota masyarakat kita adalah tidak mementingkan aspek kebersihan persekitaran dalam kehidupan sehari-hari. (2) Mereka tidak suka kepada sampah-sarap, tetapi mereka mengambil mudah urusan membuang sampah. (3) Dengan sikap ini mereka menjadikan longkang, sungai dan tasik sebagai tong sampah, sebagaimana yang lazim berlaku di perkampungan setinggan. (4) Hal ini bukan sahaja menyebabkan air sungai atau tasik tercemar, tetapi juga memudahkan terjadinya banjir kilat kerana laluan air tersekat ketika hujan.
Huraian:
Ayat (1) merupakan ayat topik, iaitu yang menyatakan isi utamanya, “sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan”. Ayat-ayat berikutnya merupakan ayat huraian, iaitu ayat (2) dan (3) memberikan contoh sikap yang dinyatakan, manakala ayat (4) menerangkan akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab tersebut.
(c) Perenggan Penutup
Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Pelajar boleh membina perenggan ini dengan menggunakan tiga hingga lima ayat. Perenggan ini tidak seharusnya mengulang kembali apa yang telah dituliskan dalam perenggan pendahuluan. Beberapa cara menulis penutup yang mudah adalah seperti menyatakan semula, membuat ramalan dan membuat syor. Walau bagaimanapun, pemilihan teknik penutup perlulah sesuai dengan jenis karangan.
(i) Membuat Ramalan
Dengan penutup cara ini, pelajar menghuraikan kemungkinan yang akan berlaku.
“Sikap sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius. Pelbagai jenis penyakit bawaan air yang sukar dikawal akan merebak dengan cepat, dan menjejaskan kesihatan penduduk. Selain itu, hal ini akan membabitkan peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahaja untuk mengubati pelbagai penyakit tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau laut yang tercemar.”
Dalam perenggan penutup tersebut, dua ramalan dibuat, iaitu dalam dua ayat terakhir.
(ii) Memberikan Syor
Melalui teknik ini pelajar menutup karangan dengan memberikan cadangan yang dikira munasabah. Dua cadangan dianggap mencukupi. Walau bagaimanapun, teknik ini tidak sesuai dengan karangan yang sudah meminta langkah atau cara untuk menyelesaikan sesuatu isu. Hal ini kerana pelajar telah menyatakannya dalam perenggan isi, walaupun berlainan. Contoh penutup jenis ini adalah sebagaimana di bawah ini:
“Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di mana-mana sahaja. Untuk mengatasinya, kesedaran masyarakat terhadap kebersihan perlu dipupuk. Kempen, ceramah dan pertandingan perlu dijalankan dari semasa ke semasa sehingga masyarakat dapat mendisiplinkan diri dalam aspek kebersihan. Selain itu, peraturan yang sesuai perlu digubal, ditambah atau diubah suai. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan yang tegas wajib dilaksanakan untuk memastikan segala program mencapai matlamatnya.”
Huraian di atas adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar teknik yang betul dan berkesan dalam menulis karangan. Pelajar akan menjadi lebih mudah untuk menulis karangan jika guru memberi penerangan yang jelas dan tepat.

Isnin, 5 Jun 2017

Teknik Penulisan Surat Rasmi Yang Ringkas & Padat


Format Surat Rasmi merupakan surat bersifat formal dan ditulis untuk kepentingan umum. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang sangat berbeza dengan format kiriman tidak rasmi.
Dalam menulis surat kiriman rasmi, penulis perlu sensetif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Format surat kiriman rasmi perlu diikut dengan betul dan tepat. Pelajar yang memilih menjawab soalan surat kiriman rasmi dalam peperiksaan peluang untuk hilang markah tinggi sekiranya tidak mahir dengan format tetapi mudah mendapat markah sekiranya pelajar mahir dengan format.

Siapa Perlu Tahu Tentang Format Surat Rasmi

Kebiasaanya surat kiriman rasmi dihantar bagi urusan rasmi dalam pelbagai bidang. Tidak kira siapa anda, sebenarnya semua orang perlu ambil tahu dan cakna tentang cara penulisan dan format surat rasmi yang tepat.
Contohnya, jika di sekolah murid-murid akan di ajar penulisan format surat rasmi kerana ianya merupakan salah satu item di dalam topik pembelajaran mereka. Maka ini bermakna guru dan murid sama-sama perlu tahu dan cakna tentang penulisan format surat rasmi yang tepat.
Begitu juga dengan ibubapa, katakan suatu hari anda mempunyai urusan keluarga dan anak anda tidak dapat hadir ke sekolah. Maka anda perlu menulis surat rasmi kepada guru menyatakan ketidakhadiran anak anda ke sekolah kerana sebab tertentu bukannya ponteng. Ini penting bagi mengelakkan kehadiran anak anda dalam eKehadiran APDM ditanda sebagai ponteng kerana tiada sebab untuk tidak hadir.
Selain itu, di dalam urusan pekerjaan pastinya akan melibatkan banyak penulisan surat rasmi. Maka benarlah bahawa penulisan surat rasmi ini sangat penting. Oleh sebab itu semua orang wajib untuk mengetahui cara penulisan atau format surat rasmi yang tepat.

Tujuan Surat Rasmi di Tulis

Menulis surat kiriman rasmi mempunyai tujuan yang tertentu. Tujuan haruslah rasmi dan formal. Sebagai contoh untuk menulis surat kepada PIBG untuk menjemput ke majlis di sekolah. Guru tidak boleh menulis surat kiriman tidak rasmi memandangkan ini merupakan urusan rasmi.
Bagi menulis surat kepada kawan-kawan tidak perlu menggunkan format surat kiriman rasmi kerana kandungan surat tidak formal. Ianya lebih sesuai menggunakan surat kiriman tidak rasmi. Di bawah merupakan tujuan-tujuan surat rasmi di tulis.
  1. Permohonan – contoh : memohon kerja atau bantuan
  2. Surat Aduan atau Bantahan – contoh : aduan kerosakan dewan
  3. Surat Pesanan – contoh: Pesanan buku perpustakaan sekolah
  4. Surat Rayuan – contoh: Rayuan perpindahan
  5. Surat Jemputan – contoh: Jemputan menghadiri mesyuarat
  6. Surat Makluman – contoh : Makluman tidak hadir ke sekolah

Teknik Penulisan Surat Rasmi Yang Ringkas & Padat

  1. Dalam menulis surat kiriman rasmi perlu mengikut format yang tepat dan betul.
  2. Gunakan ejaan dan tanda baca dengan betul. Contohnya penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
  3. Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat. Surat kiriman rasmi tidak perlu untuk menulis ayat yang panjang.
  4. Elakkan bahasa kiasan dan ungkapan peribahasa.

Gambaran Format Surat Rasmi Melalui Ilustrasi

Pembaca boleh rujuk gambar di bawah bagi menerangkan mengenai format surat kiriman rasmi.
Contoh Surat Kiriman Rasmi
Format surat kiriman rasmi
Gambar di atas menerangkan secara lengkap format surat kiriman rasmi. Setiap format perlu diikut dengan betul dan tepat.
Diharapkan bahan ini dapat membantu guru dalam mengajar murid membuat surat kiriman rasmi. Guru boleh berkongsi bahan ini kepada guru-guru yang lain. Sekiranya guru mempunyai bahan yang lebih baik boleh kongsikan kepada kami. Kami akan kongsikan bahan-bahan yang diperolehi kepada semua guru di luar sana.

Khamis, 1 Jun 2017

TEKNIK AYAT ACUAN UNTUK BANTU MURID LEMAH MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU

TEKNIK AYAT ACUAN UNTUK BANTU MURID LEMAH MENULIS KARANGAN BM
perkongsian Sisc+ Puan Azura

Saya banyak ditanyakan soalan berkaitan cara mengajar murid lemah menulis karangan.

Berdasarkan pengalaman saya mengajarkan BM di kelas hujung di SMK Datok Lokman, saya dapati TEKNIK AYAT ACUAN berjaya membantu murid lemah menulis. Kumpulan murid ini yang asalnya mendapat markah 15/100 MAMPU LULUS.

Untuk menggunakan Teknik Ayat Acuan ini, SYARAT UTAMA ialah murid mesti BOLEH MEMBACA walaupun tidak lancar. Hal ini demikian kerana murid perlu MENGHAFAL ACUAN PENULISAN tersebut. Jika murid TIDAK boleh membaca, guru perlu mengajar murid ini membaca terlebih dahulu.

Saya kongsikan ayat acuan yang saya gunakan untuk mengajar murid lemah calon SPM, PT3 dan UPSR menulis karangan.
No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
CARA PELAKSANAAN
1. Pastikan murid HAFAL setiap perenggan. Mulakan dengan perenggan pendahuluan diikuti isi dan kesimpulan.
2. Semasa perbincangan di dalam kelas, berikan murid BAHAN RANGSANGAN untuk mereka mendapatkan idea.



No automatic alt text available.

NOTA:
1.Teknik ini banyak saya gunakan ketika sesi bengkel bersama dengan guru dan murid lemah calon SPM.

2. MODUL yang saya buat semasa memperkenalkan teknik ini ialah MODUL PERMATA PMR.
Hak cipta terpelihara Sisc Azura

Khamis, 16 Februari 2017

Asas-Asas Penulisan Karangan Bahasa Melayu UPSR


DOWNLOAD [ Asas-Asas Penulisan Karangan Bahasa Melayu UPSR ]