Sabtu, 26 Disember 2015

DOWNLOAD | Jadual Waktu Dan Pelan Bilik Darjah

kredit pic:cikguayudotmy

Pelan kedudukan murid dalam bilik darjah ini merupakan keperluan guru semasa mula-mula berada di dalam kelas tersebut. Pelan kedudukan ini merupakan alat bantu yang paling berkesan untuk menghafal nama murid-murid dalam masa yang singkat.
Dengan adanya pelan ini, guru dapat mengesan nama dan kedudukan murid-murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid yang tertentu sahaja (diingati namanya). Murid-murid pasti akan rasa lebih dihargai dan tidak terpinggir sekiranya guru memberi tumpuan kepada mereka secara sama-rata. Motivasi murid juga akan meningkat apabila guru ingat namanya !
Klik 
Jadual waktu kelas merupakan antara elemen utama yang perlu dipersembahkan di ruang atau sudut info di dalam bilik darjah. Jadual waktu ini berfungsi sebagai rujukan kepada guru dan juga murid-murid. Jadual waktu versi pertama ini saya sediakan percuma buat semua pengunjung laman ini, moga-moga keberkatannya sama-sama kita rasai.
Jadual ini direka letak dalam saiz A4 yang boleh dicetak besarkan sehingga 12 kali saiz A4 tanpa mencacatkan kualiti kerana penggunaan resolusi yang digunakan ialah 300 px.
klik 

sumber: cikguayudotmy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan