Ahad, 17 April 2016

JIKA ANDA SEORANG GURU, INI BEBERAPA PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG KSSR SEMAKAN 2017


Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Antara perubahan tersebut adalah :

  1. Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.
  2. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.
  3. Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.
  4. Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
  5. Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
  6. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. 
  7. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan) 
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 2 (Semakan) 
  • Turut berlaku perubahan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).


Pembelajaran di sekolah menengah perlu berlaku secara mendalam:
  • Membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi;
  • Menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
  • KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam.



MUAT TURUN SLIDE BPK UNTUK RUJUKAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan