Khamis, 2 Jun 2016

PANDUAN MUDAH MEMBUAT RAYUAN E-GTUKAR DENGAN BERKESAN


Keputusan pertukaran guru telah pun diumumkan. Ada yang berjaya untuk bertukar tempat, ada juga yang tidak berjaya. bagi yang berjaya tahniah diucapkan, manakala bagi yang tidak berjaya, jangan risau kerana anda masih boleh merayu.
Anda diberi tempoh 14 hari selepas keputusan keluar untuk membuat rayuan. Setiap pemohon boleh menghantar surat rayuan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang dipohon.

Dokumen diperlukan untuk rayuan pertukaran guru
1. Salinan permohonan pertukaran yang telah dicetak.
2. Surat rayuan
- Nayatakan permohonan anda tidak berjaya
 - berikan sebab ingin pindah
 -  nyatakan negeri yang anda ingin pindah.
3. Surat keizinan suami (jika mohon dari negeri lain dari tempat tinggal suami)
4. Surat pengesahan majikan (bagi sahkan  tempat suami berkerja)
5. Salinan sijil nikah
6. Cetak surat yang mengatakan permohonan anda tidak diluluskan.

Cara Hantar Surat Rayuan Egtukar 2016
1. Hantar surat ke alamat pejabat pendididikan di Putrajaya. Di akhir surat tulis s.k  pejabat pelajaran negeri dan Pejabat Daerah.
2. Surat rayuan hantar ke:
   -(1) salinan ke JPN Putrajaya
   -(1) Salinan ke PPD Daerah

Contoh Surat Rayuan Pertukaran Guru Egtukar 2015

contoh surat rayuan egtukar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan