Memaparkan catatan dengan label saps. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saps. Papar semua catatan
Ahad, 2 April 2017
PANDUAN ULASAN DALAM SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MURID SAPS
Sebagai panduan kepada guru kelas dalam menulis ulasan dalam slip keputusan murid dalam SAPS .. Semoga bermanfaat
Like facebook Koleksi BBM > https://www.facebook.com/koleksibbm/
=============================
Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang. Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.
Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.
Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.
Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.
Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini ………….
Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.
Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.
Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.
Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.
Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.
Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu
Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.
Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.
Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.
Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.
Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
KEHADIRAN
Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang penuh dapat membantu ke arah kemerlangan dalam pelajaran
Pelajar ini telah menunjukkan kehadiran 100%.
Tahniah. Teruskan usaha ini Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran .
Anda pasti berjaya jika mempunyai komitmen yang tinggi dalam pelajaran. Tingkatkan usaha bagi mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran. Kehadiran anda ke sekolah agak baik. Anda mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
=====================
Moga bermanfaat dan bantu cikgu-cikgu siapkan pelaporan peperiksaan dengan lebih mudah dan cepat...
Selasa, 1 November 2016
DOWNLOAD | SAPS NKRA | MUDAHKAN ANDA MASUKKAN MARKAH UJIAN
Memandangkan kita dah menghampiri penghujung sesi persekolahan, dan boleh dikatakan ketika ini Peperiksaan Akhir Tahun sedang berjalan dikebanyakan sekolah.
Guru-guru pula kini mungkin sedang sibuk menanda kertas soalan, maklumlah kadang-kadang tanda sampai 10 kelas, 1 kelas pula hampir 40 orang. Memang tak tidur malam lah jawabnya..
Selepas siap menanda kertas soalan, guru-guru akan memasukkan markah ujian ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS.
Waktu ini ramai yang terpaksa berjaga malam untuk memasukkan markah. SAPS ini telah dibuka sekarang, jadi kalau sudah siap menyemak kertas soalan, eloklah terus isi secepat mungkin, kalau di penghujung nanti dibimbangi berlaku kesesakan.
Bagi memudahkan lagi, kini anda boleh download Application SAPS NKRA di Playstore, dengan aplikasi SAPS NKRA ini anda tidak perlu lagi buka website SAPS di browser, boleh terus ke aplikasi. Muat Turun SAPS NKRA di bawah.
Aplikasi SAPS ini adalah untuk pengguna Android sahaja. Semoga ia dapat melancarkan lagi kerja-kerja anda untuk mengisi markah murid.
Langgan:
Catatan (Atom)



