Memaparkan catatan dengan label amalan terbaik pdpc abad ke 21. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amalan terbaik pdpc abad ke 21. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Julai 2017

8 PERSEDIAAN YANG PERLU GURU LAKUKAN SEBELUM MASUK KE KELAS

PdPc yang baik adalah PdPc yang terancang. Oleh itu, mari kita sama-sama pastikan PdPc kita sentiasa bersedia dengan persiapan yang perlu. 

Di sini saya kongsikan beberapa tips.

Selasa, 9 Mei 2017

50 IDEA GANJARAN DALAM KELAS


perkongsian sini
Banyak idea untuk ganjaran dalam kelas. 
Saya kongsikan beberapa idea menarik yang boleh dicuba dan ada yang telah digunakan oleh rakan-rakan guru saya.

1. Sticker
Beri sticker dan murid tampal dalam buku atau cikgu tampal dekat carta ganjaran.

2. Alat Tulis
Ini biasa dilakukan kebanyakan guru dengan membantu murid simpan lebih banyak kelengkapan alat tulis.

3. Penanda Buku
Seperti alat tulis, ganjaran ini berguna untuk murid.

4. Menonton Video
Guru meluangkan masa selama 5-10 minit untuk menonton suntingan animasi kegemaran murid-murid.

5. Selfie Bersama Guru
Bukan sahaja murid jadi excited malah murid bermotivasi dan memahami bahawa guru ingin bersama-sama gembira dengan murid. Pembelajaran adalah sesuatu yang menyeronokkan.

6.  Priority Seat / VIP Seat
Murid yang diberikan ganjaran diberikan peluang memilih tempat duduk pada aktiviti atau kelas seterusnya.

7. Marble Jar
Murid diberikan guli atau batu-batu cantik yang dikumpulkan.

8. Kupon Ganjaran
Kupon yang boleh ditebus seperti kupon kantin RM1.00 atau yang bersesuaian.

9. Buku
Murid diberikan buku yang menarik.

10.  Pilih aktiviti
Murid boleh memilih aktiviti atau permainan seterusnya dalam pembelajaran.

11.Duduk di Meja Guru
Murid menjadi bangga dan satu penghormatan dekat dengan guru.

12. Komanden
Murid dilantik untuk mengetuai sesuatu aktiviti.

13. Guru Muda
Murid pergi ke depan dan menerangkan kepada kawan-kawan. Satu cara membina motivasi dan membina kepimpinan dalam diri murid.

14.  Aktiviti Seni
Murid diberikan ganjaran menghias, melukis atau mewarna selama 5-10 minit.

15. Memilih Rakan Untuk Aktiviti Seterusnya
Murid diberikan kebebasan untuk meilih 'partner' untuk aktiviti seterusnya.

16. Nota Yang Baik Kepada Ibubapa
Guru menulis sekeping nota atau kad pujian kepada murid.

17. Reward Stamp
Guru menngecap buku murid dengan gambar menarik atau kata-kata pujian.

18. Bermain Game Online/Aplikasi Permainan
Murid diberikan ganjaran bermainan permainan berilmiah secara online atau bermain menerusi aplikasi dalam smartphone/tab guru.

19. Memilih Turutan Dalam Barisan
Murid memilih di mana mereka hendak berada dalam barisan atau susunan. Contoh barisan nak keluar rehat. Of course lah nak paling depan kan!

20. Show and Tell
Murid boleh bawa objek yang mereka suka ke depan kelas dan menceritakan tentangnya kepada murid-murid lain.

21. Makan Bersama Cikgu
Ini pasti kenangan manis untuk murid. Dahlah dapat makan bersama dengan guru, kena belanja pula tu. 

22. Melukis di Papan Putih
Murid boleh lukiskan sesuatu yang mereka suka. Hal ini menghargai minat murid.

23. Ketua Kumpulan
Murid dilantik menjadi ketua kumpulan bagi kumpulan-kumpulan kecil.

24. Expert
Murid dilantik menjadi 'The Expert' in the group untuk membimbing rakan-rakan lain. Berikan tanda nama, kad, badge yang jelas menunjukkan mereka memegang 'title' tersebut.

25. Memakai Topi
Murid dipakaikan topi cantik atau topi berhias.

26. Sticker Maya
Murid diberikan sticker ganjaran dalam bentuk maya oleh guru melalui papan ganjaran di Frog VLE.

27. Pengecualian Bertugas
Tugasan biasa menyapu kelas setiap hari Selasa, dengan ganjaran, murid dikecualikan daripada tugas itu minggu ini dan orang lain yang akan melakukannya.

28. Alat Tulis Tambahan
Murid diberikan kelebihan menggunakan alat tulis terhad. Contoh apabila mewarna, murid yang diberikan ganjaran boleh menggunakan magic pen atau koleksi pensel warna yang besar daripada cikgu. 

29. Bermain Aktiviti Tambahan
Murid diberikan aktiviti tambahan 'enrichment activities' yang fun seperti word puzzle, dam, jigsaw puzzle dan pelbagai lagi

30. Memakai 'costume'
Murid diberikan 'costume' menarik untuk diperagakan dalam kelas.

31. Reward Cards
Murid ambil satu kad reward secara random.

32. Treasure Box
Murid ambil satu 'kad reward' dalam kotak.

33. Freebie
Jika murid belajar tentang pakaian tradisional, murid diberikan beberapa keping gambar berwarna kostum tradisional dan mereka boleh tampal dalam buku. Cantik kan! Orang lain dapat gambar hitam putih je.

34. Makanan
Walaupun kontroversi tetapi ada yang bersesuaian. Contohnya cupcake, biskut. Elakkan makanan yang manis ya..Suam-suam manis tu Ok la.

35. Bina Lego
Murid yang diberikan ganjaran akan diberikan set lego dan boleh membina apa sahaja.

36. Personalised Item
Cikgu berikan beberapa hadiah personalised yang cikgu buat sendiri. Contohnya book mark, mini dompet, felt decoration dan macam-macam lagi.

37. Dart
Murid diberikan ganjaran untuk bermain Dart.

38. Pecah Belon
Murid diberikan ganjaran untuk memecahkan beberapa biji belon. Pasti tak sabar-sabar semua nak pecahkan belon kan?

39. Menyanyi Lagu Kegemaran
Murid boleh menyanyi lagu kegemaran. Actually, murid yang diberikan ganjaran akan pilih.

40.  Reflection Box
Murid ambil sehelai kertas dalam kotak. Dalam kotak itu mengandungi kertas-kertas atau kad yang mempunyai kata-kata positif seperti....Anda seorang yang baik hati. Anda seorang yang sangat bersyukur dengan nikmat yang diberikan....dan apa sahaja yang positif. 

41. Membaca Kepada Kelas
Murid baca petikan di hadapan kelas.

42. Pujian Lisan
Murid diberikan kata-kata pujian.

43. Tepukan Gemuruh
Murid diberikan tepukan gemuruh atas pencapaian.

44. Pop Quiz
Murid diberikan peluang menyoal rakan-rakan. Soalan mestilah berdasarkan tajuk yang diajar. Jika rakannya dapat jawab, rakan itu dapat RM1. Jika kawannya tidak dapat jawab, penyoal yang dapat RM1. Jika soalan tidak betul atau relevan, cikgu yang dapat RM1.

45. Teka Teki
Murid diberi peluang menguji rakan-rakan dengan teka-teki.

46. Menari
Murid pilih lagu dan satu kelas menari mengikut video.

47. Students of The Day
Gambar murid yang diberikan ganjaran diletakkan pada bahagian 'Students of The Day'

48. Brag Tags
Sepanjang PdPc murid memakai tag positif. Contohnya, 'Murid Pandai', 'Murid Bijak', 'Murid Teliti'.

49. Popsickle Sticks
Murid diberikan batang asikrim, mereka hias dan bawa balik. Semasa menghias itupun sudah cukup 'rewarding'.

50. Pass!
Murid dikecualikan daripada membuat 'homework'.

Panduan:
1. Pastikan ganjaran ada dua jenis. Immediate (segera) & Accumulative (terkumpul).
2. 2 Mod ganjaran. Individu dan berkumpulan (membina tanggungjawab bersama).
3. Dilakukan secara konsisten.
4. Murid faham dan jelas perbuatan atau respon yang akan diberikan ganjaran.
5. Dimaklumkan kepada murid sebab ganjaran diberikan. 
6. Fleksibel dan boleh 'adapt' untuk mengubah suai ganjaran. Ada kalanya murid sudah bosan dengan ganjaran yang sama. Ubah lain pulak.

Selamat mencuba...

Jumaat, 14 April 2017

CONTOH AKTIVITI AMALAN TERBAIK PDPC PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Konsep PAK21 adalah luas. Tiada siapa dapat tafsirkan dengan tepat secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan PAK21. Cuma yang ada hanyalah adaptasi amalan dan amalan baik PdPc untuk peningkatan kemahiran murid  dan memenuhi keperluan semasa. Di sini saya kongsikan beberapa amalan baik yang dilakukan oleh rakan-rakan guru saya yang juga GDB saya. 

1. Nurul Atikah Binti Muhammad Zubairi, SK Sinar Bahagia
Listen & Paste. Murid mendengar ayat yang disebutkan dengan memberi perhatian

Selasa, 11 April 2017

CONTOH AMALAN TERBAIK DALAM PDPC ABAD KE 21

Perkongsian Artikel oleh Cikgu Herryan Syah

Amalan Baik PdPc PAK21 (Episod 1)


Selama hampir 4 bulan dalam 2017, saya telah dapat melihat beberapa PdPc Abad ke-21 yang cukup menarik. Di sini ingin saya kongsikan beberapa aktiviti, amalan dan unsur PdPc yang menarik.

1. Chin Sing Siew, SJKC Saleng
Menggunakan guli sebagai ganjaran kumpulan. Apabila setiap kumpulan berjaya menyelesaikan tugasan dengan baik, mereka akan dapat 2 biji guli. Jika mereka berjaya dapat menjawab sesuatu soalan juga akan diberikan 2 biji guli. Murid dapat melihat berapa banyak guli yang dikumpulan dan diletakkan dalamsebiji gelas di atas meja mereka. Sebiji guli akan diambil semula jika murid menunjukkan tingkah laku yang tidak baik seperti bercakap ketika guru memberi arahan, membuat bising atau menganggu rakan lain membuat tugasan. 




Cabaran pusingan. Murid perlu menyelesaikan setiap tugasan berbeza bagi setiap pusingan. Ganjaran diberikan kepada setiap kumpulan yang menyelesaikan tugasan dengan cepat dan betul. Mereka menggunakan Traffic Light Card untuk menunjukkan tugasan sudah disiapkan (rujuk Pelbagai Kegunaan Kad Traffick Light ). Contohnya, Tarsia, padanan, membuat ayat dan respon lisan.






Sumber rujukan semasa aktiviti. Rujukan aktiviti disediakan kepada setiap kumpulan agar mereka dapat menyelesaikan tugasan mereka. Antaranya kad nota dalam sampul, nota kelopak bunga (rujuk Flower Petals Technique by Teacher Fiera ) dan jadual padanan.



2. Norashikin Binti Zainul Abdin, SK Kulai 1
Wayang kulit sebagai latihan sebutan dan intonasi. Membina imaginasi. Di samping murid dapat membina ayat, murid juga dapat melatih diri mereka menyebut perkataan dan melafazkan dialog dengan intonasi yang betul. Murid membina daya kreativiti mereka menggunakan bahasa untuk menyampaikan imaginasi mereka. Hal ini juga sebagai satu bentuk 'instrinsic motivation' yang membina keseronokan murid menggunakan bahasa dalam bentuk hiburan.







3. Lee Choon Keng, SJKC Kulai 1
Peta i-Think dan mind race. Jarang-jarang sekali kita menggesa murid untuk berfikir dengan lebih cepat. Pemenang diberikan ganjaran. Dengan itu, murid membiasakan diri mereka untuk berfikir dengan lebih cepat, membina kefahaman, membentuk sumbangsaran sesama ahli kumpulan dan menggunakan peta i-Think dengan betul. 





4. Siti Najihah Binti Abdul Rahman, SK Polis Kem
Membuat poster dan cerita sebagai sumber pendidikan di dalam kelas. Usaha murni guru ini berjaya membantu murid merujuk kepada sumber semasa aktiviti dijalankan. Bukan itu sahaja, poster yang telah dibuat ditampal di dalam kelas untuk murid mengenal beberapa perkataan penting dan mengenali pelbagai jenis ayat. Alang-alang digunakan untuk PdPc, terus dijadikan sebagai sumber di dalam kelas. So kalau cikgu ada bahan sumber PdPC yang cun melecun dibuat tu jangan persiakan, guna semula untuk pelbagai aktiviti lain seperti aktiviti Kelab BI ke, HIP program ke...


Penggunaan warna untuk ayat berbeza dalam susunan plot cerita.Warna berbeza membantu murid menyemak susunan ayat mereka. Murid juga lebih seronok dengan bahan PdPc yang ceria. 








5. Premalatha A/P Subramaniam, SJKT Ladang Kelan
Lagu sebagai set induksi dan penutup. Lagu yang digunakan dapat membina minat dan kesediaan di kalangan murid. Cuma menariknya, lagu yang sama digunakan untuk penutup PdPc. Murid lebih ceria di akhirnya kerana mereka dapat menyanyikan lagu dengan lebih baik setelah belajar cara menyebut beberapa phonemes, blending dan segmenting dengan betul.



Bahan sumber di dalam kelas (Nota kelas & buku teks). Guru menyediakan beberapa contoh karangan ringkas bahasa Inggeris yang menarik beserta gambar di dinding kelas. Semasa murid membuat tugasan kumpulan mencari contoh perkataan, mereka merujuk kepada contoh-contoh karangan ini dan mereka juga diberikan kelonggaran mencari contoh perkataan di dalam buku teks. Aktiviti ini melatih murid dengan keupayaan mencari maklumat secara kendiri dengan sumber sedia ada.



Pembentangan kumpulan dan semakan jawapan. Setiap kumpulan membentangkan hasil mereka dan dibincangkan. Murid kemudian mengundi menggunakan kad Traffic Light samada setiap perkataan yang disebutkan betul atau salah.



Role Cards. Penggunakan kad peranan membantu murid bekerja dengan lebih cekap dan ambil peranan masing-masing. Oleh itu, setiap murid dapat menyumbangkan sesuatu untuk PdPc dan mereka menjalankan aktiviti dengan memberi respon dalam pelbagai bentuk.



6. Maria Binti Ahmad Malike,  SK Senai
Produksi murid. Dalam PdPc Language Arts, cerita Mahsuri the Legend Tahun 5, murid membuat produksi persembahan cerita Mahsuri menggunakan kaedah persembahan Puppet. Setiap kumpulan diberikan watak berlainan dan ada yang diberikan tugasan menyiapkan latar belakang dan props dalam cerita. Dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula, murid juga dapat membina kesedaran alam sekitar. Murid juga menyumbangkan bahan dan dengan itu, jelaslah bahawa murid sendiri menyumbang sesuatu kepada proses pembelajaran mereka. 







Dan banyak lagi..tunggu ya cikgu..penat juga ni menaip...ada banyak lagi perkongsian. Tunggu episod seterusnya.