Perkongsian Artikel oleh Cikgu Herryan Syah
Amalan Baik PdPc PAK21 (Episod 1)
Selama hampir 4 bulan dalam 2017, saya telah dapat melihat beberapa PdPc Abad ke-21 yang cukup menarik. Di sini ingin saya kongsikan beberapa aktiviti, amalan dan unsur PdPc yang menarik.
1. Chin Sing Siew, SJKC Saleng
Menggunakan guli sebagai ganjaran kumpulan. Apabila setiap kumpulan berjaya menyelesaikan tugasan dengan baik, mereka akan dapat 2 biji guli. Jika mereka berjaya dapat menjawab sesuatu soalan juga akan diberikan 2 biji guli. Murid dapat melihat berapa banyak guli yang dikumpulan dan diletakkan dalamsebiji gelas di atas meja mereka. Sebiji guli akan diambil semula jika murid menunjukkan tingkah laku yang tidak baik seperti bercakap ketika guru memberi arahan, membuat bising atau menganggu rakan lain membuat tugasan.
Cabaran pusingan. Murid perlu menyelesaikan setiap tugasan berbeza bagi setiap pusingan. Ganjaran diberikan kepada setiap kumpulan yang menyelesaikan tugasan dengan cepat dan betul. Mereka menggunakan Traffic Light Card untuk menunjukkan tugasan sudah disiapkan (rujuk Pelbagai Kegunaan Kad Traffick Light ). Contohnya, Tarsia, padanan, membuat ayat dan respon lisan.
Sumber rujukan semasa aktiviti. Rujukan aktiviti disediakan kepada setiap kumpulan agar mereka dapat menyelesaikan tugasan mereka. Antaranya kad nota dalam sampul, nota kelopak bunga (rujuk Flower Petals Technique by Teacher Fiera ) dan jadual padanan.
2. Norashikin Binti Zainul Abdin, SK Kulai 1
Wayang kulit sebagai latihan sebutan dan intonasi. Membina imaginasi. Di samping murid dapat membina ayat, murid juga dapat melatih diri mereka menyebut perkataan dan melafazkan dialog dengan intonasi yang betul. Murid membina daya kreativiti mereka menggunakan bahasa untuk menyampaikan imaginasi mereka. Hal ini juga sebagai satu bentuk 'instrinsic motivation' yang membina keseronokan murid menggunakan bahasa dalam bentuk hiburan.
3. Lee Choon Keng, SJKC Kulai 1
Peta i-Think dan mind race. Jarang-jarang sekali kita menggesa murid untuk berfikir dengan lebih cepat. Pemenang diberikan ganjaran. Dengan itu, murid membiasakan diri mereka untuk berfikir dengan lebih cepat, membina kefahaman, membentuk sumbangsaran sesama ahli kumpulan dan menggunakan peta i-Think dengan betul.
4. Siti Najihah Binti Abdul Rahman, SK Polis Kem
Membuat poster dan cerita sebagai sumber pendidikan di dalam kelas. Usaha murni guru ini berjaya membantu murid merujuk kepada sumber semasa aktiviti dijalankan. Bukan itu sahaja, poster yang telah dibuat ditampal di dalam kelas untuk murid mengenal beberapa perkataan penting dan mengenali pelbagai jenis ayat. Alang-alang digunakan untuk PdPc, terus dijadikan sebagai sumber di dalam kelas. So kalau cikgu ada bahan sumber PdPC yang cun melecun dibuat tu jangan persiakan, guna semula untuk pelbagai aktiviti lain seperti aktiviti Kelab BI ke, HIP program ke...
Penggunaan warna untuk ayat berbeza dalam susunan plot cerita.Warna berbeza membantu murid menyemak susunan ayat mereka. Murid juga lebih seronok dengan bahan PdPc yang ceria.
5. Premalatha A/P Subramaniam, SJKT Ladang Kelan
Lagu sebagai set induksi dan penutup. Lagu yang digunakan dapat membina minat dan kesediaan di kalangan murid. Cuma menariknya, lagu yang sama digunakan untuk penutup PdPc. Murid lebih ceria di akhirnya kerana mereka dapat menyanyikan lagu dengan lebih baik setelah belajar cara menyebut beberapa phonemes, blending dan segmenting dengan betul.
Bahan sumber di dalam kelas (Nota kelas & buku teks). Guru menyediakan beberapa contoh karangan ringkas bahasa Inggeris yang menarik beserta gambar di dinding kelas. Semasa murid membuat tugasan kumpulan mencari contoh perkataan, mereka merujuk kepada contoh-contoh karangan ini dan mereka juga diberikan kelonggaran mencari contoh perkataan di dalam buku teks. Aktiviti ini melatih murid dengan keupayaan mencari maklumat secara kendiri dengan sumber sedia ada.
Pembentangan kumpulan dan semakan jawapan. Setiap kumpulan membentangkan hasil mereka dan dibincangkan. Murid kemudian mengundi menggunakan kad Traffic Light samada setiap perkataan yang disebutkan betul atau salah.
Role Cards. Penggunakan kad peranan membantu murid bekerja dengan lebih cekap dan ambil peranan masing-masing. Oleh itu, setiap murid dapat menyumbangkan sesuatu untuk PdPc dan mereka menjalankan aktiviti dengan memberi respon dalam pelbagai bentuk.
6. Maria Binti Ahmad Malike, SK Senai
Produksi murid. Dalam PdPc Language Arts, cerita Mahsuri the Legend Tahun 5, murid membuat produksi persembahan cerita Mahsuri menggunakan kaedah persembahan Puppet. Setiap kumpulan diberikan watak berlainan dan ada yang diberikan tugasan menyiapkan latar belakang dan props dalam cerita. Dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula, murid juga dapat membina kesedaran alam sekitar. Murid juga menyumbangkan bahan dan dengan itu, jelaslah bahawa murid sendiri menyumbang sesuatu kepada proses pembelajaran mereka.
Dan banyak lagi..tunggu ya cikgu..penat juga ni menaip...ada banyak lagi perkongsian. Tunggu episod seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan