Memaparkan catatan dengan label pdpc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pdpc. Papar semua catatan

Khamis, 4 Mei 2017

5 Strategi Pdpc Yang Berkesan

perkongsian [ Cikgu Herryan Syah ]

Ada bnyk pilihan aktiviti untuk PdPc yang berkesan di luar sana. Untuk membantu guru memilih maka saya telah buat simulasi agar guru dapat menyelami proses PdPc dengan pelbagai aktivit menarik. Berikut sesi saya bersama guru-guru Bahasa Inggeris SK Polis Kem. 


Set Induksi





Guru-guru diberikan stickey note. Setiap seorang menuliskan 1 soalan; apa yang mereka ingin tahu daripada topik yang diberikan. Kemudian mereka tampal di dinding kelas. Lepas tu, semua pergi ke depan dan melihat semua stickey notes. Jika ada mana-mana soalan yang murid rasa mereka ada jawapannya, maka stickey note itu diambil. Kemudian, murid yang ada mengambil stickey note akan jawab soalan itu. 

Aktiviti

setelah input/introduction/content diberikan....
Tarsia
Konsep puzzle. Murid menyusun kepingan kecil segitiga dan kemudiannya menjadikan sehingga satu segitiga yang besar. Aktiviti ini mengembangkan kemahiran 'collaboration' dan 'communication'. Dengan Tarsia ada banyak pilihan bentuk dan mudah untuk disediakan.  
Nak cuba Tarsia? Rujuk: Preparing Tarsia

Fan N Pick


Satu permainan kad. Setiap ahli kumpulan akan memegang peranan berbeza. Sediakan minima 8 kad dengan soalan topikal.
Murid 1: Pegang dan buka kad
Murid 2: Ambil kad dan bacakan kepada murid ke 2
Murid 3: Jawab soalan
Murid 4: Mendengar dan menentukan samada jawapan itu betul ataupun salah. Juga memberikan kata-kata dorongan.
Permainan ini membantu murid menerapkan kemahiran 'communication' dan 'critical thinking'. Mana-mana soalan yang tidak dijawab, cikgu ambil kad tersebut. Cikgu pun dapat menilai sejauh mana kefahaman murid.

Penilaian 
Penilaian Lisan 
Popsicle Sticks


Bagi penglibatan murid secara maksimum, Popsicle Sticks (batang asikrim) digunakan. Guru mengambil satu batang aiskrim daripada gelas berisi batang-batang aiskrim itu tadi dan menyebutkan nama murid. Jika dijawab maka batang aiskrim itu dikeluarkan. Jika tidak, satu lagi batang aiskrim baru dituliskan dengan nama murid tadi dan dimasukkan ke dalam gelas. Oleh itu, murid boleh minta bantuan rakan untuk bantu jawab atau guru berikan peluang kepada murid lain untuk jawab. Murid yang bantu jawab, batang aiskrimnya dikeluarkan. Murid yang tidak dapat menjawab tadi perlu ulang semula jawapan rakan tadi jika mahu batang aiskrimnya dikeluarkan dan tidak digandakan. Kelebihan:
- Cikgu dapat memastikan semua murid menjawab soalan
- Cikgu lebih kreatif mempelbagaikan soalan dan rangsangan
- Mudah untuk buat penilaian
*Kaedah lain.
A. Name Picker (sini

B. Decision Roulette (sini)


*Paparan Screen Mirroring
Ada kalanya nak guna apps dari phone perlukan paparan ke papan putih (dengan projektor). Paling mudah gunakan screen mirroring. Rujuk: Paparkan Skrin Smartphone ke Skrin Putih Dengan Mudah

Penilaian Bertulis
Selepas beri latihan bertulis, yang paling penting ialah semakan,analisis dan feedback guru. Hal ini penting untuk menyemak adakah murid telah mencapai objektif pembelajaran. Contoh mudah saya berikan ialah soalan multiple choice questions. Murid diberikan borang OMR, dan kemudian mereka lorekkan. Siap sahaja, cikgu scan dan dapatkan analisis serta merta. Gunakan ZipGrade. Pantas dan memudahkan. Boleh download borang OMR di laman web, gunakan aplikasinya di smartphone untuk scan borang OMR. 





Collaboration 
Melalui Entry Ticket. Apa jadi dengan Entry Ticket tidak terjawab tadi, masa inilah guru kembali kepada tiket dan kad tadi dan buka peluang kepada murid untuk jawab.

Ganjaran
Popsicle Sticks? Boleh beri kepada semua murid. Mereka hias dengan sticker kecil yang cikgu sediakan dan boleh warnakan dengan magic pen. So, mereka boleh ambil dan simpan :)4C dalam simulasi ini:
Communication: Tarsia dan Fan N Pick
Collaboration: Entry Ticket, Fan N Pick (kad tidak berjawab)
Critical Thinking: Fan N Pick
Creativity: Murid kreatif memikirkan cara menjawab soalan dalam kad; cari jawapan dalam buku teks, bertanya dengan 'expert group', membuat semakan dalam kumpulan (proses pembelajaran kreatif mencari sumber pmebelajaran). Selain itu murid juga kreatif menghias 'Popsicle Sticks' mereka. 

5 strategiSet Induksi, Aktiviti, Penilaian, Collaboration dan Ganjaran

Khamis, 13 April 2017

11 CARA MENJANA IDEA PDPC ABAD KE-21


Cikgu, di sini saya kongsikan 11 cara untuk menambahkan idea untuk PdPc Abad ke-21.

1. e-guru. e-guru ialah satu portal video yang dibangunkan oleh KPM bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk rujukan guru-guru tentang contoh PdPC berkesan. Boleh tonton contoh PdPC mengikut tajuk, tahun dan juga aspek SKPM (SKPM ialah yang lama, SKPMg2 yang terbaru tetapi masih relevan). 


2. Lesson Study. Satu cara PLC (Professional Learning Community) yang melibatkan semua guru  mengikut subjek masing-masing. Guru-guru berbincang tentang sesuatu masalah khusus dalam PdPc, mencari penyelesaian dengan memperkenalkan kaedah baru, bahan bantu belajar ataupun yang bersesuaian. Kemudian, seorang guru akan menjalankan PdPc yang baru mengikut hasil perbincangan. Guru lain pula ada yang buat bahan bantu belajar, rakaman, jadi pemerhati dan sebagainya. Fokus kepada penambahbaikan PdPc. Beberapa kitaran mungkin diperlukan sehingga langkah penambaikan berjaya mengatasi masalah yang dihadapi. 


3. Peer coaching. Juga satu kaedah PLC. Guru bersama seorang lagi rakan guru bersama-sama berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalal PdPc. Seakan sama seperti Lesson Study tetapi dalam skala yang lebih kecil.


4. Bimbingan SISC+. SISC+ diwujudkan sebagai pakar rujuk dan jurulatih kepada guru dalam aspek pedagogi. Berbincang dan bertnayalah kepada SISC+ cikgu tentang langkah penambaikan PdPc di samping mendapatkan idea-idea baru. SISC+ juga boleh bantu guru melihat PdPc cikgu aspect by aspect dan memberikan sumbangan seperti bengkel atau sharing session dalam PLC jika perlu. 


5. LET/PLC. LET adalah PLC untuk subjek Bahasa Inggeris. PLC adalah medium terbaik untuk guru berbincang hal-hal PAK 21, pembinaan bahan bantu belajar, bahan-bahan sumber, kaedah terbaru tetapi BUKAN hal-hal panitia ya cikgu..Itu meeting panitia. PLC khusus kepada hal-hal PdPc.


6. Video Critique. Salah satu kaedah PLC yang mampu merangsang penglibatan guru dengan baik. Hal ini kerana guru akan menonton satu video PdPC, dari e-guru contohnya dan guru memberikan komentar. Guru juga boleh berkongsi idea samada kaedah dalam video tersebut relevan dan praktikal mengikut situasi PdPc dan sekolah cikgu. Perbincangan ini juga dapat merangsang kreativiti cikgu di samping menambah idea baru untuk PdPc.


7. Group Telegram. Dapatkan pelbagai ilmu baru dan perbincangan rancak tentang PdPc Abad ke 21 di group telegram berikut:



dan banyak lagi...


8. Teacher Toolkit. Di website ini ada banyak aktiviti menarik yang cikgu boleh pelajari. Apa yang best?
✅ Kaedah pembelajaran koperatif
✅ Ada video tutorial
✅ Ada panduan ringkas
✅ Ada printables untuk bahan-bahan edaran kepada guru dan murid.
✅ Boleh tuliskan nota untuk disimpan.
Portal ini sangat baik, penuh informasi dan sesuai bukan sahaj untuk PdPc tetapi juga untuk latihan bengkel. Sesuai juga jadi rujukan pensyarah, SISC+ dan pegawai akademik. 


9. Blog. Cikgu layarilah banyak blog-blog yang best antaranya:

 





10. Seminar / Konferens. Cikgu boleh menghadiri seminar-seminar PAK21 yang rancak dianjurkan di merata tempat. Bukan sahaja menambah idea tetapi dapat juga membina semangat. Antara yang terkini ialah: 




11. Pinterest. Pinterest ni ala-ala instagram cuma yang bestnya anda bolehsearch dan dapatkan banyak idea-idea menarik untuk PdPc. Carian cikgu akan dapat gambar ringkasan untuk artikel. Jika cikgu klik, cikgu akan dibawa masuk ke laman web untuk paparan penuh artikel tersebut. Apa yang menarik ialah sesetengah gambar intu sendiri sudah penuh info dalam bentuk infografik, jadi download infografik itu sahaja pun boleh. Cikgu juga boleh pinkan (bookmark). Boleh juga dijadikan medium PLC di mana cikgu-cikgu dalam panitia masing-masing cari bahan dan kongsikan dalam satu Pin Board. 

kredit : Dari Blog Mudahmengajar

Isnin, 10 April 2017

SENARAI 10 LAMAN WEB RUJUKAN PDPC ABAD KE 21 SEBAGAI RUJUKAN GURU


Berikut merupakan 10  laman web  yang sesuai untuk para guru dan murid.  
Cikgu boleh embed website yang sesuai dalam FROG VLE.

klik pilihan LINK Dibawah

Jumaat, 7 April 2017

KOLEKSI 90 AKTIVITI CADANGAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DI DALAM KELAS

Berikut dikongsikan 90 aktiviti dan kaedah PdPc Pembelajaran Abad Ke-21 yang boleh dilaksanakan di dalam kelas. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.

Muat turun dalam bentuk PDF di SINI