Selasa, 17 Oktober 2017

DOWNLOAD | BORANG MAKLUMAT MURID APDM KPM


Sekiranya anda merupakan seorang guru kelas, sudah pasti anda pernah melihat Borang Maklumat Murid ini, namun berkemungkinan juga anda tidak pernah tahu pun akan adanya borang ini. Apakah kegunaan BMM ini?
Ada juga di sesetengah negeri menggunakan borang lain, atau menamakannya dengan nama lain seperti Borang Sistem Maklumat Murid SSM, Borang Profile Murid dan sebagainya. Borang Manual ini biasanya diberi kepada penjaga di awal tahun bagi mendapatkan maklumat murid seperti:
  • Alamat
  • No Telefon
  • Nama Penjaga
  • Status Perkahwinan Penjaga
  • Pekerjaan Ibu Bapa
  • Jumlah Pendapatan
  • Jumlah Tanggungan
Ini sebahagian maklumat yang diperlukan oleh sekolah khususnya guru kelas, maklumat ini akan dikemaskini di dalam data APDM agar ia disimpan secara online.
Antara maklumat yang selalu berubah adalah seperti no telefon, alamat, jumlah pendapatan dan jumlah tanggungan. Tetapi ada juga segelintir penjaga yang kurang senang apabila tiap-tiap tahun kena isi borang sama, cikgu tidak simpan rekod ke? Sebenarnya, guru memerlukan maklumat semasa, contohnya nombor telefon, kerap ditukar, jika anak berlaku masalah di sekolah, penjaga perlu dihubungi segera.
Selain itu, maklumat pendapatan semasa, ini penting untuk pihak sekolah meneliti setiap murid adakah layak menerima bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan KWAPM, bantuan zakat, dan bantuan dari PIBG.
kredit: Pendidik2u

Tiada ulasan:

Catat Ulasan