Memaparkan catatan dengan label aktiviti berkumpulan pdpc abad ke 21. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti berkumpulan pdpc abad ke 21. Papar semua catatan

Selasa, 18 Julai 2017

Senarai Cadangan Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 untuk Peneguhan - Gambar dan Video

Perkongsian Oleh Puan Azura Dari Sisc 

terima kasih atas perkongsian ilmu bermanfaat ini

Antara aktiviti (sesuai untuk peneguhan) yang diaplikasikan ialah:

1. HOT SEAT (Kerusi Panas)

Image may contain: one or more people
Seorang murid dipilih/sukarela secara bergilir duduk di atas kerusi di hadapan kelas untuk menjawab apa sahaja soalan yang dilontarkan oleh murid lain berkaitan topik yang dipelajari.

2. BEG BERACUN



Beberapa set soalan yang telah ditetapkan perlu dijawab oleh kumpulan tertentu dimasukkan ke dalam sebuah beg. Beg tersebut dilontar antara satu kumpulan kepada satu kumpulan apabila muzik dimainkan.
Apabila muzik berhenti, kumpulan yang mendapat beg perlu mencabut set soalan dan mengajukan soalan kepada kumpulan yang telah ditetapkan pada set soalan tersebut. Salah seorang ahli kumpulan yang ditetapkan perlu menjawab soalan yang diajukan.
Jika salah, kumpulan lain dibenarkan untuk menjawab soalan tersebut. 2 markah diberikan jika jawapan yang dijawab adalah betul.

3. KAHOOT!
Aplikasi Kahoot! juga boleh digunakan untuk aktiviti peneguhan.
Murid perlu melayari http://kahoot.it untuk bermain.

,

Sebelum itu, guru perlu membina set soalan berserta jawapan yang betul. Semasa aktiviti peneguhan, guru perlu melancarkan soalan yang telah dibina dalam aplikasi Kahoot untuk mendapatkan game pin.

4. DRAGON BALL

Image may contain: 1 person, eating and sitting
Guru menyediakan beberapa soalan. Setiap satu soalan, ditulis pada sehelai kertas. Kertas soalan tersebut, direnyuk sehelai demi sehelai berlapis sehingga membentuk sebiji bola besar.
Semasa aktiviti peneguhan, guru melontar bola tersebut pada murid dan murid yang mendapat bola tersebut perlu membuka kertas tersebut untuk menjawab satu soalan. Aktiviti diteruskan sehingga semua soalan terjawab.

AKTIVITI LAIN

aktiviti Stesen

Setiap kumpulan diminta bergerak ke stesen mengikut masa tertentu dan pergerakan mengikut putaran jam. Setiap stesen disediakan satu soalan. Setiap kumpulan diminta berbincang dan menyelesaikan soalan yang diberikan. Jawapan boleh ditulis pada sehelai kertas atau di dalam buku latihan masing-masing. 
Image may contain: 1 person

Aktiviti Inside Outside Circle.



Setiap murid lingkaran dalam diberikan kad soalan berserta jawapan dan diminta membacakan soalan tersebut kepada murid di lingkaran luar. Murid di lingkaran luar boleh mencuba untuk menjawab soalan sebanyak dua kali. Jika salah, jawapan akan diberikan oleh murid lingkaran dalam dan nama murid yang gagal menjawab dicatat pada kad soalan. Murid di lingkaran luar diminta bergerak mengikut putaran jam apabila berjaya atau tidak menjawab soalan.



Penggunaan Gambar Semasa Set Induksi

Image may contain: one or more people

Penggunaan Thumb

Image may contain: one or more people

Kad trafik

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Sabtu, 22 April 2017

12 AKTIVITI BERKUMPULAN YANG BOLEH DIJALANKAN DALAM PDPC ABAD KE 21

KAEDAH 1 : EXPERT GROUP DAN HOME TEAMS

1. Bahagikan pelajar kepada  5 kumpulan (pelbagai aras)

2. Perbincangan sub topik dalam kumpulan

3. Menulis maklumat dan idea

4. 2 orang wakil kumpulan bergerak ke kumpulan yang lain
Beri penerangan
Baki ahli kumpulan berada dalam kumpulan utk menerima maklumat

5. 2 orang wakil kembali ke kumpulan

6. Perbincangan dalam kumpulan (semua tajuk)
__________________________

KAEDAH 2 : THINK – PAIR - SQUARE

1. Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan  besar (6 orang murid 1 kumpulan).

2. Setiap kumpulan diedarkan 3 keping kertas A4 (peta i-Think) manakala setiap murid diedarkan kertas soalan.

3. Guru memecahkan kumpulan kepada 3 kumpulan kecil di dalamnya 2 orang murid untuk 1 kumpulan.

4. Wakil kumpulan kecil pilih salah satu daripada 3 keping A4 ( peta i-Think).

5. Murid berbincang dan melengkapkan peta minda kosong yang mereka telah pilih.

6. Wakil kumpulan kecil membentangkan tugasan mereka dalam kumpulan besar.
__________________________

KAEDAH 3 : STAY & STRAY

1. Murid dipecahkan dalam 4 kumpulan.

2. Setiap murid dalam kumpulan dinomborkan.

3. Guru memberikan tajuk untuk tugasan setiap kumpulan.

4. Setiap kumpulan melakarkan peta minda berdasarkan tugasan.

5. Murid yang bernombor 1,2,3 dalam kumpulan akan bergerak keluar menerangkan tugasan mereka kepada kumpulan lain.
Murid yang bernombor 4,5,6 akan kekal dalam kumpulan untuk menerangkan tugasan mereka kepada murid yang datang kepada kumpulan mereka.

PETA ALIR KAEDAH GAMES

1. Guru memilih murid secara rawak.

2. Murid mencabut soalan dalam kotak undi.

3. Murid yang dipih secara rawak menjawab soalan.
Guru membuka kepada murid lain sekiranya murid dipilih tidak boleh menjawab.

4. Guru memberi ganjaran kepada murid yang berjaya menjawab.
__________________________


KAEDAH 4 : PETA ALIR EXPLORACE

1. Guru sediakan tugasan.

2. Tentukan Check Point

3. Taklimat

4. Bina Kumpulan

5. Cabut Undi

6. Bekalkan 1 kertas mahjong dan 4 kertas A4 serta alat tulis

7. Bergerak ke setiap stesyen sehingga selesai

8. Pembentangan

__________________________

KAEDAH 5 : PETA ALIR TABLE TALKERS

1. Sediakan  4 stesen - Letakkan buku teks, nota ringkas dan kad-kad.

2. Bina 4 kumpulan murid

3. Setiap kumpulan berada di stesen - Aktiviti: bincang dan buat catatan ringkas

4. Bergerak ke stesen berikutnya - Ulang langkah sehingga selesai

5. Murid diminta melengkap senarai semak.

6. Selesai
__________________________

KAEDAH 6 : PARTY DAN SUSUN KAD

1. Guru sediakan bahan laminate
- 3 set : Letak di setiap wakaf

2. Pembahagian 3 kumpulan

3. Kumpulan  bergerak ke setiap wakaf
- Wakaf 1 : Bahai
- Wakaf 2 : Qadiani
- Wakaf 3 : Taslim

4. Dapatkan maklumat dan catatan

5. Perbincangan suasana ‘Party’

6. Guru mengumpul semua bahan di tengah kelas

7. Permainan Kad

8. Soalan lisan oleh guru
__________________________

KAEDAH 7 : THINK-PAIR-SHARE

1. Bahagikan murid kepada 4 kumpulan : Terdiri daripada 6 pelajar

2. Berikan tugasan

3. Murid melengkapkan tugasan : Berdasarkan maklumat sedia ada

4. Video ditayangkan

5. Murid lengkapkan tugasan

6. Berkongsi maklumat  dengan rakan sebelah

7. Berkongsi maklumat dengan kumpulan besar

8. Penilaian

9. Selesai
__________________________

KAEDAH 8 : HOME GROUP DAN COLOUR GROUP

1. Bentuk kumpulan :
- Bekalkan kertas A 3 dan alat tulis

2. Menerima tugasan :
- Setiap kumpulan menerima tugasan yang berbeza

3. Menyiapkan tugasan dalam kumpulan home group
- Setiap pelajar mesti menguasai tajuk yang diberikan

4. Setelah menguasai tajuk

5. Bina kumpulan baru (colour group)
- Rujuk slide 15 dan 16

6. Bincang hasil perbincangan dengan ahli kumpulan baru

7. Penilaian
__________________________

KAEDAH 9 : BUS STOP

1. Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan

2. Setiap kumpulan diberikan sub topik dalam bentuk peta minda.

3. Murid berbincang dan melengkapkan peta minda dalam kumpulan.

4. Murid menampal peta minda kumpulan di sudut (hentian) yang telah ditetapkan.

5. Setiap kumpulan bergerak ke setiap hentian (5-7 minit) dan pelajar berbincang serta mencatat maklumat di setiap hentian.
__________________________

KAEDAH 10 : GALERY WALK

1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan

2. Kumpulan mencabut undi tugasan (Sub topik)

3. Guru mengedarkan peta minda kosong kepada setiap kumpulan

4. Murid berbincang dan melengkapkan peta minda

5. Kumpulan menampal bahan mereka di sudut yang disediakan

6. Setiap kumpulan bergerak ke setiap sudut untuk melihat bahan dari kumpulan lain (lihat-bincang-catat)

7. Kumpulan berkumpul semula untuk memulakan sesi soal jawab ( murid mencatat perkara yang tidak difahami semasa sesi “Galery Walk” untuk dikemukakan kepada kumpulan yang membina bahan tersebut)
__________________________

KAEDAH 11 : PERMAINAN ‘BEG KACANG’

1. Pembahagian 4 kumpulan

2. Free Discussion

3. Permainan beg kacang
- Berulang-ulang
- Soal jawab

4. Post It Noted

5. Pengukuhan
- Pamplet
__________________________

KAEDAH 12 : QUESTION CARD DAN GALLERY WALK

1. Bahagikan pelajar kepada  4 kumpulan

2. Edar Question Card

3. Perbentangan kumpulan

4. Pelajar lain menjawab Question Card

5. Guru pamer soalan dan jawapan

6. Pelajar semak jawapan

7. Jawapan betul bangun dan tunjukkan jawapan

8. Jawapan salah duduk(bimbingan daripada guru selepas PdP)

9. Gallery Walk
__________________________

SEKIAN. TERIMA KASIH