Memaparkan catatan dengan label idea kreatif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label idea kreatif. Papar semua catatan

Ahad, 30 April 2017

10 IDEA KREATIF SET INDUKSI DALAM PDPC ABAD KE 21


Set induksi merupakan satu set pembelajaran untuk memulakan sesuatu PdPc yang melibatkan idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian murid supaya mereka bersedia untuk belajar. Jelaslah bahawa set induksi memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu PdPc. Oleh itu, guru-guru haruslah merancang set induksi yang menarik supaya PdPc dapat dilaksanakan secara berkesan.

Berikut merupakan 10 idea kreatif untuk set induksi yang selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).

1. Audio
Guru boleh memasangkan audio dan murid mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan. Guru boleh menggunakan perbualan authentic seperti rakaman radio atau podcast.

2. Lagu
Kebanyakan murid suka menyanyi dan lagu yang rancak dapat menarik perhatian murid. Guru boleh menyanyikan lagu bersama murid dan membincangkan liriknya. Lagu yang dipilih haruslah berkaitan dengan pembelajaran dan memberi semangat.

3. Video
Guru boleh menunjukkan video menarik yang berkaitan dengan pembelajaran dan membincangkan isinya dengan murid. Guru haruslah memastikan video ditapis terlebih dahulu.

4. Gambar
Guru menujukkan gambar atau poster. Murid-murid kemudiannya membincangkan isi gambar atau poster tersebut. Guru boleh menyediakan soalan untuk meransang pembincangan murid.

5. Objek Untuk Dipegang
Guru boleh menyediakan objek atau benda yang berkaitan dengan pembelajaran supaya murid boleh pegang dan rasa dengan deria sentuhan.

6. Kotak Hitam
Guru menyembunyikan sesuatu objek yang berkaitan dengan pembelajaran di dalam satu kotak hitam yang telah dilubangkan cukup untuk memasukkan tangan. Murid memasukkan tangan mereka ke dalam kotak hitam tersebut dan meneka objek itu.

7. Jigsaw Puzzle
Beberapa keping gambar dipotong dan dijadikan jigsaw puzzle. Murid mencantumkan gambar-gambar tersebut dan mengkongsikan dapatan mereka.

8. Role Play
Murid diberikan suatu situasi dan murid haruslah membuat role play atau lakonan berdasarkan situasi yang diberikan. Selepas itu, situasi tersebut dibincangkan.

9. Puppet
Guru memperkenalkan satu watak puppet dan berbual dengan murid tentang topik yang ingin diajar.

10. Menyelesaikan Masalah
Murid ditunjukkan bahan media atau simulasi dan mengenalpasti masalah. Murid kemudiannya menyelesaikan masalah tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan guru-guru.

Jumaat, 21 April 2017

7 IDEA KREATIF MEMILIH MURID MENJAWAB SOALAN DALAM PDPC

Memilih murid untuk menjawab soalan  kadang-kadang membosankan. Of course, murid mana yang suka nama nak disebut untuk jawab soalan. Namun begitu terdapat banyak cara yang menyeronokkan malah memotivasikan murid untuk menjawab. Di sini ada 7 idea yang menarik:


1. Kaedah Popsicle Sticks
- Beberapa batang aiskrim diletakkan dalam mug atau gelas.
- Guru menanyakan 1 soalan.Kemudian 1 nama dipanggil dan ditulis pada batang aiskrim itu .
-  Jika murid menjawab dengan baik, batang aiskrim dikeluarkan. Jika tidak, guru menulis nama murid tersebut pada 1 lagi batang aiskrim (murid A). Murid lain boleh bantu dengan cuba menjawab soalan itu dan nama murid yang membantu akan dikeluarkan pula. Jika murid A tidak mahu dapat 2 batang aiskrim dalam mug itu, maka dia harus mengulang jawapan murid yang membantu itu. 
- Hal ini membantu penglibatan murid secara maksima sementara murid lemah dapat dibantu.


2. Name generator. 
Ala-ala spinner. Boleh buat di:
classtool.net/namegenerator


3. Gunakan spinner sebenar
'Element of surprise' dan keterujaan.


4. Gunakan adjektif/persekitaran murid
- Contohnya, murid yang memakai jam tangan berwarna merah dan hitam. ( Jika ada yang sama, maka perincikan lagi)
- Murid peka kepada ayat cikgu dan berlatih mendengar. 

5. Hear Me, Do!
Guru beri arahan pergerakan fizikal. Murid yang tidak respon dengan sepatutnya perlu menjawab soalan.


6. Poison Box
Muzik dimainkan dan murid 'pass' kotak tersebut kepada murid seterusnya. Apabila muzik berhenti, murid yang sedang memegang kotak itu perlu menjawab soalan. Jika murid itu tidak dapat menjawab, maka murid lain boleh bantu. Murid lain yang bantu akan dapat 'by' sementara yang terpaksa menjawab itu harus ulang semula jawapan bantuan tersebut. 


7. Kerusi Beracun
Yang ni versi kerusi pulak. Game klasik. Muzik dimainkan dan apabila berhenti, murid berebut nak duduk di kerusi yang disediakan. Jika ada 6 murid, kerusi hanya ada 5. Jadi pasti ada yang tidak dapat duduk. Murid tersebut menjawab soalan. Jika murid tidak dapat menjawab, murid lain membantu. Murid yang bantu dapat kerusi tetap.