Ahad, 30 April 2017

10 IDEA KREATIF SET INDUKSI DALAM PDPC ABAD KE 21


Set induksi merupakan satu set pembelajaran untuk memulakan sesuatu PdPc yang melibatkan idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian murid supaya mereka bersedia untuk belajar. Jelaslah bahawa set induksi memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu PdPc. Oleh itu, guru-guru haruslah merancang set induksi yang menarik supaya PdPc dapat dilaksanakan secara berkesan.

Berikut merupakan 10 idea kreatif untuk set induksi yang selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).

1. Audio
Guru boleh memasangkan audio dan murid mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan. Guru boleh menggunakan perbualan authentic seperti rakaman radio atau podcast.

2. Lagu
Kebanyakan murid suka menyanyi dan lagu yang rancak dapat menarik perhatian murid. Guru boleh menyanyikan lagu bersama murid dan membincangkan liriknya. Lagu yang dipilih haruslah berkaitan dengan pembelajaran dan memberi semangat.

3. Video
Guru boleh menunjukkan video menarik yang berkaitan dengan pembelajaran dan membincangkan isinya dengan murid. Guru haruslah memastikan video ditapis terlebih dahulu.

4. Gambar
Guru menujukkan gambar atau poster. Murid-murid kemudiannya membincangkan isi gambar atau poster tersebut. Guru boleh menyediakan soalan untuk meransang pembincangan murid.

5. Objek Untuk Dipegang
Guru boleh menyediakan objek atau benda yang berkaitan dengan pembelajaran supaya murid boleh pegang dan rasa dengan deria sentuhan.

6. Kotak Hitam
Guru menyembunyikan sesuatu objek yang berkaitan dengan pembelajaran di dalam satu kotak hitam yang telah dilubangkan cukup untuk memasukkan tangan. Murid memasukkan tangan mereka ke dalam kotak hitam tersebut dan meneka objek itu.

7. Jigsaw Puzzle
Beberapa keping gambar dipotong dan dijadikan jigsaw puzzle. Murid mencantumkan gambar-gambar tersebut dan mengkongsikan dapatan mereka.

8. Role Play
Murid diberikan suatu situasi dan murid haruslah membuat role play atau lakonan berdasarkan situasi yang diberikan. Selepas itu, situasi tersebut dibincangkan.

9. Puppet
Guru memperkenalkan satu watak puppet dan berbual dengan murid tentang topik yang ingin diajar.

10. Menyelesaikan Masalah
Murid ditunjukkan bahan media atau simulasi dan mengenalpasti masalah. Murid kemudiannya menyelesaikan masalah tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan guru-guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan