Khamis, 5 Mac 2015

Cara Membina Kuiz Dengan 3 Perisian Mudah

Apabila selesai suatu topik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sudah menjadi kebiasaan untuk para guru memberikan kuiz. Kuiz ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar tentang topik yang telah mereka pelajari.


Terdapat pelbagai perisian yang dapat membantu warga pendidik untuk membuat dan membina kuiz ini. Di sini saya kongsikan beberapa perisian samada secara atas talian (internet) atau membuat pemasangan perisian ke dalam komputer. 

Testmoz

 Testmoz merupakan kemudahan membina kuiz secara atas talian (internet). Dibangunkan oleh pelajar dari Washington State University. Ianya adalah percuma, dan setiap soalan yang dibuat akan disimpan selama mana laman Testmoz masih lagi aktif.

Apa yang perlu dilakukan hanya mendaftar dan bina soalan. Terdapat empat ciri soalan yang boleh dibina dengan Testmoz iaitu soalan betul atau salah, aneka pilihan jawapan, aneka respon jawapan dan isi tempat kosong.
testmoz tidak meletakkan sebarang iklan pada lamannya dan apa yang saya lihat, paparannya kemas dan teratur. Mudah digunakan.
 Klik sini untu ke Testmoz : testmoz.com
 Hot Potatoes 
Ini merupakan perisian yang kerap saya gunakan. Antara kelebihan Hot Potatoes ini, ianya dapat disimpan di dalam komputer dan boleh dimuat naik ke atas talian. Soalan yang hendak dibuat juga adalah tidak terbatas.

Terdiri daripada pelbagai bentuk kuiz samada teka silangkata dan pelbagai lagi, ianya dilihat dapat membantu warga pendidik dalam memberikan kuiz dengan cara yang berbeza.
perisian ini adalah percuma untuk seumur hidup dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk dimuat turun. Anda boleh memuat turun di sini : hotpotatoes
 Help Teaching 
Laman sesawang ini memang penuh dengan pelbagai soalan dan dilihat sangat-sangat membantu para pendidik. Namun begitu, 90% adalah di dalam Bahasa Inggeris. Kemudahan yang disediakan ialah memilih soalan yang sedia ada untuk dijadikan sebagai satu kuiz atau membuat soalan sendiri.

Laman ini menyediakan perkhidmatannya secara percuma dan berbayar. Bagi pengguna percuma, dibolehkan sehingga lima ujian atau kuiz sahaja dan sehingga sepuluh soalan sahaja. 
Jika anda rasa ianya berbaloi, boleh melanggan dengan Help Teaching. Layari Help Teaching di sini : HELPTEACHING
Jika anda ada beberapa perisian lain yang ingin dikongsikan bersama, boleh komen di bawah. Moga artikel ini dapat membantu anda.
 sumber: cikguik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan