Fail dalam USB @ Pendrive Anda Hilang?? Apa masalahnya?
Jom Baca Cara Mudah Dapatkan Semula Fail Hilang di Pendrive oleh Cikgu Idris
Mana fail-failku? properties menunjukkan hanya ada fail bersaiz 1.30 KB sahaja.
Bila check di sini, lain pulak ceritanya...
Sepatutnya ada 1.52 GB fail dalam pen drive ni...
Apa perlu dibuat?
Langkah 1
1) Semak direktori pen drive anda. Klik seperti di bawah.
2) Direktori pen drive anda ialah F:
Langkah 2
1) Klik Search
2) Taipkan cmd
3) Klik Command Prompt
Langkah 3
Taipkan attrib F:*.* /d /s -h -r -s dan tekan Enter
F di atas mewakili direktori pen drive kita tadi. Kalau direktori pen drive anda ialah G: maka tukarkan sahaja F kepada G
Selepas itu, insya Allah fail-fail anda akan kembali menghiasi ruangan dalam pen drive anda...heheh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan