Khamis, 27 April 2017

DOWNLOAD | KOLEKSI SOALAN DAN KUIZ ISRAK MIKRAJ DI SEKOLAH

Mengapa perlu buat kuiz, antara sebabnya ialah dengan membuat Kuiz Israk Mikraj ini murid akan mula berminat untuk mengetahui dan membaca serta mendengar apakah itu Israk Mikraj dan intipati di dalamnya.

Seeloknya Kuiz Israk Mikraj ini diadakan setelah selesai ceramah Israk dan Mikraj, dan mungkin juga dibuat dalam minggu Israk Mikraj tersebut. Murid secara sendirinya akan mencari maklumat berkaitan Israk dan Mikraj dan ini dapat meningkatkan minat mereka terhadap aktiviti agama.

Senarai Aktiviti Program Israk dan Mikraj:
  • Ceramah Israk dan Mikraj
  • Kuiz Israk dan Mikraj
  • Teka Silang Kata Israk dan Mikraj
  • Pameran Israk dan Mikraj
  • Tayangan Video
  • Mengedar Flyers berkenaan Israk dan Mikraj
  • Menghasilkan Buku Skrap Israk dan Mikraj
Di atas adalah contoh aktiviti yang boleh dianjurkan sempena Peristiwa Israk dan Mikraj, jika tidak boleh buat semua pun tidak mengapa yang penting ada pengisian dan penghayatan terhadap peristiwa bersejarah ini.

Kepada yang ingin mendapatkan Koleksi Soalan Kuiz Israk dan Mikraj bolehlah mendapatkannya dengan memuat turun di sini. 




Terima Kasih kepada guru-guru yang telah menghasilkan kuiz ini. Semoga usaha ini dirahmati Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan