Dalam PdPc, murid perlu dilibatkan secara aktif dalam kelas. Seringkali kita gusar memikirkan bagaimana nak pastikan murid respon kepada pembelajaran. Murid kita pula mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza.
Ada yang cepat tangkap.
Ada yang merangkak sedikit,.
Ada yang lebih suka buat aktiviti tapi belum mahir respon.
Selalunya kita hanya menganggap penglibatan murid aktif bermaksud respon lisan sahaja. Lagi haru apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Perkara ini boleh diatur dan dididik tetapi sementara itu, kita boleh bina motivasi murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dengan memberikan murid peranan tertentu. Inilah yang dinamakan Kad Peranan atau role cards.
Dalam setiap kumpulan, setiap murid akan memegang peranan berbeza. Ada 2 cara:
1. Guru yang tentukan peranan apa untuk setiap murid.
1. Guru yang tentukan peranan apa untuk setiap murid.
2. Ketua kumpulan yang menentukan peranan ahli kumpulan.
Antara peranan yang ada:
1. Leader (Ketua Kumpulan)
2. Writer (Penulis)
3. Checker (Jurusemak, ye kot 😅)
4. Material Manager (Pengurus Bahan)
5. Reporter (Wartawan atau Pencari Bahan)
5. Reporter (Wartawan atau Pencari Bahan)
6. Encourager (Pemberi Semangat)
Peranan terpulang kepada jenis tugasan. Sesetengahnya ada juga yang memerlukan 'time keeper'.
Setiap kali PdPc berbeza, murid memegang peranan berbeza jadi semua orang dapat mendapat pengalaman untuk semua peranan. Cikgu juga dapat melihat kecenderungan peranan mahupun kepimpinan murid.
Dengan ini, dapatlah dibina motivasi murid untuk terlibat dalam PdPc, takdelah asyik merasakan diri tidak berguna dan rasa tidak mampu menyumbang apa-apa kepada aktiviti kumpulan.
Di sini saya kongsikan bahan-bahan nak buat kad ini.
1. Beli kad kosong. Lebih mudah berbanding yang lanyard tali berselirat.
2. Guna kertas warna, ceria sikit.
3. Print template wordings di sini:
4. Guna sticker ni. Beli kat DIY dalam RM2.30. Apa-apa sticker pun ok, janji cantik.
5. Siap!
Selamat mencuba :)
kredit : Cikgu Herryan Syah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan