Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21 kerana kurang memahami konsepnya .
lebih bahan menarik like page KOLEKSIBBM di bawah
Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.
1. Round Table
- Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
- Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
- Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
- Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah,
2. Think-Pair-Share
- Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
- Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
- Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.
3. Hot Seat
- Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
- Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
- 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
- Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
- Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
- Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
- Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
- Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.
6. Role-Play
- Murid diberi peranan dan watak.
- Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
- Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
7. Gallery Walk
- Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
- Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
- Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.
8. Three Stray, One Stay
- Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
- Hasil kerja ditampal.
- Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
- Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.
9. Peta i-Think
- Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
- Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan