Selasa, 18 April 2017

VOICE APPLICATION JADIKAN PDPC LEBIH MENARIK DAN AWESOME

Kebanyakan pengguna Smartphone di negara ini masih tidak tahu ada banyak kegunaan (Voice Application) aplikasi suara yang boleh dimanfaatkan untuk PdPc. Tanpa perlu download aplikasi tambahan, di sini saya kongsikan beberapa idea hasil daripada pemerhatian dan pengalaman saya.

1. Baca dan rakam teks untuk aktiviti mendengar.
Bacakan petikan dalam buku teks dan rakam. Kemudian, mainkan rakaman tersebut, murid mendengar sambil mencatatkan isi utama untuk menjawab soalan. Barulah betul 'active listening'. Jika cikgu baca terus dari buku teks kesudahnya murid tidak mendengar tetapi tekun tengok cikgu terkumat-kamit membaca.

2. Rakam dan dengar semula sebutan/pronunciation murid.
Murid boleh dengar sendiri dan itupun sudah dikira feedback yang baik untuk murid. Jadi mereka akan mengubah sebutan/pronunciation mereka sehingga betul.

3. Rakaman dialog. 
Guru boleh pakat dengan guru lain untuk bacakan dialog dan jadilah satu penceritaan. Murid pun pasti 'excited nak dengar'. 


4. Belajar bertanya soalan dengan 'Google Voice Search'
Aplikasi ni memang sedia ada untuk Smartphone Android. Hanya perlu buka aplikasi Google Voice Search dan tanyakan soalan seperti 'Who is Donald Trump?' What is 1 plus 1?  What's the weather like tomorrow in Johor Bahru? How far is Kuala Lumpur from Kuantan? dan bermacam-macam lagi.


5. Sumber rujukan murid.
Guru bacakan nota/teks dan rakam. Murid kemudiannya boleh akses di Frog VLE. Simpan juga bahan rakaman dah siap. Tahun depan boleh guna lagi, sangat-sangatlah berguna sampai je tajuk ni, tekak cikgu sakit. Ha kan pasang je rakaman tu :)

6. Voice memo/message 
Boleh juga gunakan kemudahan ini untuk berlatih mendengar dan respon dalam Group Whatsapp kelas.

Pengguna iPhone?Gunakan Siri anda sebagai ganti kepada Google Voice Search.

Selamat mencuba!


sumber: sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan