Memaparkan catatan dengan label abad ke 21. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abad ke 21. Papar semua catatan

Sabtu, 22 April 2017

45 TEKNIK PDPC ABAD KE 21 YANG PERLU GURU KUASAI


Dibawah dikongsikan 45 teknik pdpc abad ke 21 yang boleh digunakan oleh para guru dalam kelas

STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF

Rabu, 19 April 2017

9 AKTIVITI PDPC ABAD KE 21 YANG BOLEH DIJALANKAN DALAM KELAS

Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). 

Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21 kerana kurang memahami konsepnya . 
lebih bahan menarik like page KOLEKSIBBM di bawah



Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). 

Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1. Round Table
  • Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
  • Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
  • Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
  • Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah,
2. Think-Pair-Share
  • Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
  • Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
  • Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.




3. Hot Seat
  • Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
  • Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
  • 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
4. Deklemasi Sajak / Nyanyian
  • Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
  • Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
  • Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
5. Pembentangan Hasil Sendiri
  • Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
  • Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.
6. Role-Play
  • Murid diberi peranan dan watak.
  • Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
  • Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
7. Gallery Walk
  • Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
  • Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
  • Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.
8. Three Stray, One Stay
  • Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
  • Hasil kerja ditampal.
  • Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
  • Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

9. Peta i-Think
  • Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
  • Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.

Selasa, 18 April 2017

11 APLIKASI TERKINI KHAS UNTUK PDPC ABAD KE 21


Cikgu-cikgu pasti nak tahu apa 'trend' terkini apps pendidikan ataupun perisian untuk pembelajaran PAK21. Di sini saya kongsikan beberapa apps yang cikgu perlu tahu agar tidak ketinggalan.


1. Kahoot!
Satu bentuk kuiz mudah yang interaktif dengan menggunakan cue warna sebagai jawapan. Set soalan boleh dibuat sendiri ataupun rujuk kepada set-set soalan yang telah dibuat oleh pengguna-pengguna lain. Di akhir kuiz, analisis kuiz boleh didapatkan untuk menilai hasil pembelajaran. 



2. Quizziz
Sama seperti Kahoot!. Bezanya Quizziz boleh digunakan mengikut kesesuaian masa murid tidak seperti Kahoot! yang perlu dijalankan serentak. Boleh juga dijadikan kerja rumah kepada murid. Setelah semua murid selesai menjawab kuiz, satu analisis boleh didapatkan. 



3. Plickers
Plickers menggunakan konsep 'hi-tech, low tech'. Hanya guru perlukan akses internet. Soalan dipaparkan dan murid akan menunjukkan jawapan mereka menerusi kad Plickers. Setiap kad adalah unik untuk setiap murid. Murid perlu menunjukkan kad mereka mengikut sudut jawapan pada kad. Kad-kad mereka akan diimbas menggunakan smartphone dan data akan dimuatnaik kepada set-set soalan. Pada paparan, akan kelihatan jawapan murid dan analisis boleh didapatkan. Sesuai untuk kelas yang tiada akses komputer atau internet. 



4. Tarsia
Tarsia adalah satu perisian untuk membuat puzzle. Hanya perlu taipkan set soalan dan jawapannya dan Tarsia akan membentuk potongan-potongan puzzle tersebut. Ada pelbagai bentuk boleh dipilih. 


5. Padlet
Padlet adalah satu medium untuk murid belajar secara kolaboratif. Satu topik akan akan diberikan dan murid yang diberikan akses boleh meletakkan sebarang nota, gambar, video serta audio. Aplikasi ini mudah untuk dibuat dan murid belajar untuk bersama-sama membina bahan pembelajaran. 



6. Zappar
Zappar adalah salah satu bentuk augmented reality. Pengisian interaktif boleh ditentukan untuk sesuatu gambar ataupun tempat, kemudian sesiapa sahaja yang mengimbas gambar atau tempat itu dengan apliasi Zappar akan dapat melihat pengisian interaktif tersebut. Ala-ala cari Pokemon gitu. Aplikasi ini telah dibangunkan di Cambridge University , England.


7. Quizzlet
Perlukan aplikasi untuk  flascards digital. Nah, cuba Quizzlet. Boleh buat set flashcards sendiri ataupun cari sahaja set-set sedia ada.



8.Google Docs
Dengan Google Docs, murid boleh dijemput untuk turut serta secara kumpulan dan murid berkolaborasi menyiapkan tugasan. Antara keistimewaan Google Docs ialah setiap peserta boleh highlightkan ayat atau bahagian tertentu dan menulis komen. Di samping itu, untuk setiap perubahan yang dibuat kepada tugasan, guru akan dapat melihat siapa yang membuat perubahan itu. Malah guru juga dapat mengetahui murid mana yang memberikan sumbangan dan yang tidak. Hasilnya?Ya boleh simpan dalam bentuk Word untuk diedit kelak ataupun pdf untuk dijadikan e-book.


9. Mobizen
Mahu paparkan skrin yang sama daripada smartphone kepada laptop tanpa sebarang peranti, boleh gunakan Mobizen. 


10. Google Translate
Kamus? Google Translate la jawapannya. Malah Google Translate juga boleh mengimbas gambar tertentu dalam bahasa asing dan memberikan maksud dalam bahasa yang diminta. Cepat dan mudah. 



11.  ZipGrade
Penat menanda kertas soalan objektif. Gunakan Zipgrade yang berkonsepkan OMR. Imbas kertas jawapan murid dan bilangan jawapan betul serta markah akan dipaparkan. Mudah dan menjimatkan masa. Siap dengan analisis item lagi.


Lain-lain yang best jugak: Google Slides, Socrative, Skitch, Duolingo, Google Voice. Kongsikan di ruangan komen jika ada apps lain yang anda suka.

sumber: sini

Rabu, 12 April 2017

DOWNLOAD KAD PERANAN | AKTIVITI PDPC ABAD KE 21

Dalam PdPc, murid perlu dilibatkan secara aktif dalam kelas. Seringkali kita gusar memikirkan bagaimana nak pastikan murid respon kepada pembelajaran. Murid kita pula mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza. 

Ada yang cepat tangkap.
Ada yang merangkak sedikit,.
Ada yang lebih suka buat aktiviti tapi belum mahir respon. 

Selalunya kita hanya menganggap penglibatan murid aktif bermaksud respon lisan sahaja. Lagi haru apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Perkara ini boleh diatur dan dididik tetapi sementara itu, kita boleh bina motivasi murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dengan memberikan murid peranan tertentu. Inilah yang dinamakan Kad Peranan atau role cards


Dalam setiap kumpulan, setiap murid akan memegang peranan berbeza. Ada 2 cara:
1. Guru yang tentukan peranan apa untuk setiap murid.
2. Ketua kumpulan yang menentukan peranan ahli kumpulan.

Antara peranan yang ada:
1. Leader (Ketua Kumpulan)
2. Writer (Penulis)
3. Checker (Jurusemak, ye kot 😅)
4. Material Manager (Pengurus Bahan)
5. Reporter (Wartawan atau Pencari Bahan)
6. Encourager (Pemberi Semangat)

Peranan terpulang kepada jenis tugasan. Sesetengahnya ada juga yang memerlukan 'time keeper'. 

Setiap kali PdPc berbeza, murid memegang peranan berbeza jadi semua orang dapat mendapat pengalaman untuk semua peranan. Cikgu juga dapat melihat kecenderungan peranan mahupun kepimpinan murid. 

Dengan ini, dapatlah dibina motivasi murid untuk terlibat dalam PdPc, takdelah asyik merasakan diri tidak berguna dan rasa tidak mampu menyumbang apa-apa kepada aktiviti kumpulan. 

Di sini saya kongsikan bahan-bahan nak buat kad ini.
1. Beli kad kosong. Lebih mudah berbanding yang lanyard tali berselirat.
2. Guna kertas warna, ceria sikit.
3. Print template wordings di sini: 

4. Guna sticker ni. Beli kat DIY dalam RM2.30. Apa-apa sticker pun ok, janji cantik.


5. Siap!



 Selamat mencuba :)

kredit : Cikgu Herryan Syah