Memaparkan catatan dengan label pdp abad ke 21. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pdp abad ke 21. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Mei 2017

AKTIVITI PDPC ABAD KE 21 : THINK-PAIR-SHARE [ FREE THINK-PAIR-SHARE TEMPLATE ]

Think-Pair-Share merupakan satu kaedah yang merangsang pelajar untuk berfikir dalam tempoh yang ditetapkan. 

Setelah pelajar menulis idea di ruang yang diberikan, mereka kemudiannya menerangkan kepada pasangan bahu (shoulder partner) atau pasangan wajah (face partner). 

Kemudian secara berkumpulan, mereka memilih idea yang terbaik untuk diterangkan kepada keseluruhan kelas.


Idea tebaik ditulis di ruang tengah pada Think Pair Share Organiser.




Khamis, 11 Mei 2017

6 CIRI-CIRI GURU ABAD KE 21 | 21 CENTURY TEACHER

6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita selama ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan pelbagai teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan pengajaran pada abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.



Saya kongsikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21. Selamat beramal!


1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.


2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.


3.  Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.


4. Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.


5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.


6. Penggunaan Teknologi Terkini
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.


SUMBER:  SINI

Sabtu, 29 April 2017

23 AKTIVITI SET INDUKSI DALAM PDPC ABAD KE 21

Set Induksi berasal daripada perkataan 'induction' yang bermaksud 'giving rise to something' - membangkitkan, mewujudkan sesuatu kepada sesuatu perkara yang lain. mudahmengajar kali ini nak berkongsi 18 cara memulakan PdPc atau Set Induksi.

1. Video
Video ditunjukkan dan dibincangkan bersama murid. Video perlu ditapis dahulu dan boleh dilihat oleh murid.

2. Nyanyian Lagu
Lagu dinyanyikan  dan lirik dibincangkan. Lagu pula haruslah yang memberi semangat dan rancak. 

3. Perbualan Audio
Audio dipasangkan dan murid kenalpasti mesej dan isi yang disampaikan.

4. Gambar/poster
Gambar/poster ditunjukkan. Murid bincangkan elemen-elemen tertentu seperti objek, perbuatan, proses dan sebagainya.

5. Objek/benda maujud
Objek ditunjukkan dan murid bincangkan. Boleh juga beri murid pegang dan rasa dengan deria sentuhan.

6. Entry Ticket
Murid nyatakan apa yang mereka ingin tahu daripada tajuk pembelajaran dan ditulis pada stickey notes. Kemudian mereka tampal pada dinding. Kemudian semua pergi melihat notes itu. Jika sesiapa ada jawapan kepada notes tersebut, mereka ambil dan kongsikan jawapan kepada kelas. 

7. Running Dictation
Setiap kumpulan ada seorang runner untuk dapatkan maklumat tertentu di sekeliling kelas. Kemudian, balik ke kumpulan dan seorang akan tuliskan maklumat sehingga siap. Dapatan dikongsikan. Maklumat pula perlu yang mudah dan ringkas.

8. Who/What am I?
Satu objek tersembunyi dimasukkan dalam kotak. Kota dilubangkan cukup untuk masukkan tangan. Murid masukkan tangan ke dalam kotak dan meneka apakah objek itu.

9. Jigsaw
Maklumat dipecahkan kepada beberapa kumpulan, kemudian setiap kumpulan akan berkongsi maklumat sehingga maklumat yang lengkap didapatkan.

10. I have, Who has... (Loop)
Kaedah interaktif murid diberi bahan dan biasakan dengan set perkataan yang akan dipelajari. Seorang dari kumpulan bertanya; I have bananas, Who has watermelon? Kumpulan yang ada watermelon pula menjawab, I have watermelon, Who has pineapple? Prinsip Loop..
(refer to previous post: Loop!

11.  Error Detection
Cikgu tunjukkan apa sahaja bentuk bahan media/simulasi dan murid kenalpasti kesilapan atau masalah. Kemudian PdPc dibuat berasaskan Penyelesaian Masalah (Problem Solving).

12. Puppet/Mascott
Perkenal satu watak puppet, mascott dan apa sahaja yang bersesuaian dan murid boleh berbual dengan watak tersebut.

13. Role Play/Simulasi
Satu situasi diberikan dalam bentuk lakonan (guru/guru+murid/murid/murid+murid). Kemudian, situasi ini dibincangkan.

14. Spot the objects
Murid mengenal pasti objek melalui pemerhatian pada sekeliling kelas, kawasan sekolah, gambar, video dan sebagainya.

15. True or False
Tajuk diberikan dan kemudian murid meneka samada beberapa kenyataan adalahBetul ataupun Salah.

16. 2 Truths and A Lie
3 kenyataan diberikan dan murid meneka mana 2 kenyataan yang betul dan 1 yang salah. Dibuat dalam beberapa pusingan.

17.  PreTest
Berikan soalan dan semak jawapan murid. Biarkan murid lihat jawapan mereka yang salah dan betul. 

18. KWL
K: What I Know
W: What I want to know
L: What I learned
Fokus kepada What I Know..Murid samada tuliskan respon di atas sehelai kertas secara individu atau 'whole class approach'.

19. Jigsaw Puzzle
Beberapa keping gambar dipotong dan murid cantumkan. Kemudian murid kongsikan dapatan mereka.

20. Buidling Blocks (Dengan Lego) Atau bahan binaan, kraf
Murid cantumkan bahan binaan mudah mengikut panduan guru dan murid tunjukkan hasil mereka. (Jangan yang susah-susah ya). Contonya, rumah, kereta.

21. Take One Out
Murid diberikan beberapa perkataan, gambar, ayat, atau sebarang bahan. Dalam satu ketgori itu, murid perlu keluarkan satu yang tidak berkaitan daripada rangkaian atau kumpulan tersebut.

22. Grouping
Murid diberikan beberapa bahan dan murid dalam kumpulan bahan-bahan tersebut mengikut kategori atau pengelasan. 

23. Match or Place
Dengan bahan seperti poster, beberapa kepingan kertas atau objek perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam gambar. Boleh juga gunakan aplikasi online.

Nak lebih idea dan perkongsian PdPc Abad ke 21?

Rabu, 19 April 2017

9 AKTIVITI PDPC ABAD KE 21 YANG BOLEH DIJALANKAN DALAM KELAS

Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). 

Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21 kerana kurang memahami konsepnya . 
lebih bahan menarik like page KOLEKSIBBM di bawah



Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). 

Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1. Round Table
  • Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
  • Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
  • Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
  • Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah,
2. Think-Pair-Share
  • Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
  • Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
  • Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.




3. Hot Seat
  • Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
  • Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
  • 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
4. Deklemasi Sajak / Nyanyian
  • Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
  • Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
  • Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
5. Pembentangan Hasil Sendiri
  • Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
  • Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.
6. Role-Play
  • Murid diberi peranan dan watak.
  • Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
  • Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
7. Gallery Walk
  • Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
  • Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
  • Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.
8. Three Stray, One Stay
  • Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
  • Hasil kerja ditampal.
  • Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
  • Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

9. Peta i-Think
  • Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
  • Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.

Isnin, 17 April 2017

PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI KAHOOT DALAM PDPC ABAD KE 21

KAHOOT: LANGKAH DEMI LANGKAH


Kahoot! ialah platform untuk pembelajaran secara‘Blended Learning’ yang menyediakan ruang pembelajaran yang menarik iaitu kaedah pembelajaran berasaskan pedagogi digital melalui pertandingan atau permainan.
Kahoot mudah digunakan kerana melibatkan sistem respons pengguna yang berfungsi melalui sebarang peranti menjadikan kelas lebih interaktif dan menggalakkan kedua-dua pihak- pendidik dan pelajar bertanya soalan yang hebat.